sejenis pokok renek daripada genus Rhododendron yang mempunyai bunga besar berwarna merah muda, ungu, kuning atau putih.
azali
[Arab] sejak dahulukala, sejak permulaan zaman:
nasib tiap-tiap orang telah tertulis pada suratan ~;
mereka menyangka bahawa alam ini wujud sejak ~ tanpa pencipta-Nya;
keazalian keadaan atau perihal azali:
~ ilmu.
azam I
kemahuan (keinginan, cita-cita, dan sebagainya) yang sangat kuat, tujuan (yang sesungguhnya):
dengan melancarkan projek-projek ini, kerajaan telah menunjukkan ~nya hendak menambah penghasilan sawah;
berazam mempunyai azam, bertujuan (dengan sesungguhnya), bercita-cita kuat (untuk melakukan atau mencapai sesuatu):
kerajaan ~ hendak meneruskan rancangan pembangunan;
mengazamkan mencita-citakan, mahukan (dengan sesungguhnya):
untuk mencapai cita-cita yang diazamkan;
keazaman kemahuan, keinginan yang sangat kuat:
Perdana Menteri mengulangi ~ kerajaan untuk mempertahankan kedaulatan negara.
azam II
teramat mulia;
isimal ~ nama yang teramat mulia (nama Allah).
azamat
hebat, ramai (kuat, sangat) sekali:
terlalu ~ tempik sorak rakyat Pasai.
azan
panggilan untuk bersembahyang, bang:
~ subuh bergema masuk ke seluruh kampung;
mengazankan melaungkan azan (menyeru orang Islam mendirikan solat).
azazil
[Arab] syaitan.
azim
[Arab] besar, mulia.
azimat
bahan yang terdiri daripada tulisan yang ditulis pada kertas, kain, keratan kayu tertentu, atau sisik tenggiling yang dipakai pada bahagian tertentu tubuh (seperti di pinggang) yang dianggap mempunyai sakti dan boleh mengelakkan penyakit, bencana, dan sebagainya.
azimut
(Fizik) arah mengufuk suatu titik di langit dari suatu titik di bumi (biasanya disukat mengikut arah jam dari 0º pada titik rujukan melalui 360º).