hubung

berhubung
1. berangkai, bersambung, beruntun (antara satu dengan lain);
huruf tulis yang ~ huruf tulis yang bersambung;

2. berkaitan dengan, berkenaan (dengan):
ia berusaha menyelesaikan segala urusan yang ~ dengan tanahnya;
kebanyakan bantuan mengalir ke arah kegiatan-kegiatan yang ~ dengan agama;

3. oleh sebab, kerana:
~ dengan kurangnya ahli yang datang, maka mesyuarat ditangguhkan;

4. bertukar-tukar (berita, fikiran, dan lain-lain) dengan berbagai-bagai jalan:
sekarang kita dapat ~ dengan saudara-mara di Medan menerusi telefon radio;
bahasa ialah alat bagi manusia ~ dengan manusia lain;
~ puntung
= putus ~ [bahasa percakapan] (merokok) bersambung-sambung (hampir habis rokok yang satu disambung pula dengan rokok lain);

berhubungan
1. ada sangkut pautnya (dengan), bersangkutan, bertalian:
suasana di kapal menyebabkan dia melupakan segala sesuatu yang ~ dengan dirinya sendiri;
ia mengutuk segala yang ~ dengan bekas isterinya itu;

2. berjumpa (dengan), bertemu (dengan), mempunyai pertemuan (dengan):
ia berasa hairan kenapa rakannya itu tidak mahu ~ dengannya lagi;
P.M. menjadi ketua Dewan Rakyat dan ia juga sentiasa ~ dengan P.M. Komanwel;

3. saling berhubungan;

menghubung menyambung sesuatu dengan yang lain (bukan bermakna menambah panjang):
tali ini boleh dipakai untuk ~ galah;

menghubungi
1. membuat perhubungan dengan seseorang untuk memberitahu sesuatu (melalui surat, telefon, atau pergi sendiri mendapatkannya):
ejen-ejen polis rahsia akan terus ~nya lagi;
perbicaraan ditangguhkan sehingga saksi penting dapat dihubungi polis;

2. menjadi sambungan kepada sesuatu, mengikuti, menuruti, menyambut (dengan):
kata-kata itu dihubungi dengan ketawa;

menghubungkan
1. menjadikan berhubungan (berangkaian, bersambungan), menyambungkan, merangkaikan:
garisan lurus yang ~ dua titik;
rumah itu mempunyai dua kamar yang satu sama lainnya dihubungkan oleh sebuah pintu;

2. = memperhubungkan mempertalikan (dengan), mengaitkan (dengan):
perdaganganlah yang ~ negeri Melaka dengan kawasan-kawasan di sekelilingnya;
rakyat Hirahlah yang menjadi perantaraan ~ orang Parsi dengan orang Arab;

3. = memperhubungkan mempertemukan dengan, menjadikan satu dengan, menggabungkan dengan:
ia pun ~ dirinya dengan pergerakan wanita setempat;
mereka memperhubungkan kami dengan sekeluarga orang perantauan lain;

4. menjadikan supaya berhubungan atau bertemu:
ada jalan kereta api yang ~ Bangkok dengan Saigon;

hubungan
1. sambungan, rangkaian:
jikalau ada tersalah bahasanya atau aturan perkataannya atau ~ hurufnya, saya minta ampun banyak-banyak;

2. hasil berhubung:
kalau rakyat Belanda tidak sanggup melihat kebenaran ini, maka saya khuatir ~ antara Belanda dan Indonesia akan terputus;

3. kaitan, pertalian, sangkut paut:
untuk mempereratkan ~ persaudaraan Islam;
dalam ~ ini
berkenaan apa yang telah dinyatakan (diterangkan) atau yang sedang dibincangkan;
~ darah hubungan kekeluargaan;
~ diplomatik hubungan dengan perantaraan perwakilan (diplomat) antara negara-negara di dunia;
~ dua hala hubungan antara dua pihak yang secara langsung tidak melibatkan pihak lain;
~ batin = ~ jenis = ~ kelamin = ~ seks persetubuhan;
~ nyawa kekasih, kesayangan, buah hati;
~ ras (Antropologi) hubungan sosial yang terjalin antara anggota masyarakat yang berlainan keturunan atau bangsa dalam sesebuah masyarakat atau negara;

sehubungan berkaitan dengan, bersangkutan dengan;

perhubungan
1. hubungan:
seluruh hidup manusia terdiri daripada ~nya dengan keluarga, jiran dan tetangga;
pegawai ~
pegawai perantaraan (untuk menyelaraskan tugas bahagian-bahagian yang berlainan dalam ketenteraan, pejabat, dan lain-lain);

2. alat lalu lintas (jalan raya, kereta api, surat-menyurat, pos, telegram, telefon, penerbangan, pelayaran, dan lain-lain):
~ udara antara Malaysia dengan Indonesia dipulihkan sebaik-baik sahaja Perjanjian Bangkok ditandatangani;
Kementerian ~
kementerian yang mengurus soal lalu lintas dan lain-lain;

3. perihal berhubung(an) antara satu dengan yang lain (berkenaan (dengan) negara dan lain-lain):
~ diplomatik antara India dengan China semakin genting;
perkara-perkara mengenai ~ dagang antara kedua-dua negara dibincangkan dengan sedalam-dalamnya;~ awam
amalan menjalinkan, menggalakkan atau memupuk semangat muhibah, kemesraan, imej yang baik dan sebagainya di kalangan orang ramai oleh atau terhadap sesebuah syarikat, firma, institusi dan sebagainya;
~ darah pertalian kekeluargaan;
~ perindustrian urusan perhubungan antara pihak majikan dengan para pekerja dalam industri, biasanya melibatkan aspek-aspek perundingan secara kolektif dan sebagainya;

penghubungan perihal atau perbuatan menghubungkan;

penghubung (alat, orang, dan lain-lain) yang menghubung(kan);
kata ~ kata yang digunakan untuk menghubungkan dua kata atau dua ayat;
tanda ~ garis untuk menghubungkan kata atau suku kata;
perwira ~ [Indonesia] pegawai perhubungan.

berkongsi