cetak

1. cap (tanda, huruf, dan sebagainya) pada kertas atau kain;
mesin ~ mesin untuk mengecap buku dan lain-lain;

2. = cetakan acuan (untuk membuat kuih dan lain-lain);
~ kuih acuan kuih;
~ blok kaedah mencetak yang menggunakan blok kayu atau logam yang diukir dengan berbagai-bagai corak dan sebagainya untuk dicap pada kertas, kain dan sebagainya;
~ semula = ~ ulang cetakan kali kedua dan lain-lain dengan tidak ada perubahan daripada cetakan pertama (buku dan lain-lain);
bagaimana ~ begitu kuihnya (peribahasa) anak menurut kelakuan (sifat) bapanya (sesuatu itu menurut asalnya);

bercetak dicap:
kad hari raya yang ~ comel;

mencetak
1. mengecapkan tulisan (gambar) pada kertas dan lain-lain (untuk membuat buku, surat khabar, dan lain-lain):
mengikut kebiasaan, penerbit ~ sesebuah buku itu sebanyak 5000 naskhah;

2. mengecapkan lukisan pada kain:
~ batik;

3. menuang sesuatu (logam dan lain-lain) dalam acuan, membuat sesuatu dengan acuan:
timah dari lombong dicetak sebelum dijual;
~ kuih;

4. membuat (menjaringkan) gol (dalam permainan bola sepak), memperoleh kemenangan (dalam perlawanan, perang, dan lain-lain), memperoleh keuntungan:
sebelum rehat kelab kami telah ~ dua gol;

mencetakkan mencetak sesuatu untuk, menyuruh mencetak, menerbitkan sesuatu (buku dan lain-lain);

cetakan
1. (buku, majalah, dan lain-lain) yang dicetak (diterbitkan), terbitan, sesuatu yang dicetak, hasil mencetak (kain dan lain-lain):
~ yang pertama buku itu ialah dengan huruf jawi;

2. acuan (kuih dan lain-lain);

3. [kiasan] sesuatu yang sudah dibentuk;

percetakan tempat (syarikat perniagaan) yang mencetak buku (majalah dan lain-lain), pejabat cetak;

pencetakan kerja-kerja (proses, urusan) mencetak;

pencetak
1. orang (syarikat perniagaan dan lain-lain) yang mencetak;

2. orang yang kerjanya mencetak, tukang cetak;

3. alat-alat yang dipakai untuk mencetak;
~ warna alat yang boleh mencetak teks, carta, lukisan dan sebagainya dalam berbagai-bagai warna pada kertas.

berkongsi