1. haraplah, hendaklah, silalah, sudilah (sebagai mengajak atau menyuruh secara halus):
~ kaufikir sedikit buruk baiknya perbuatan kau itu;
~ marah budak-budak itu;
2. [kata seru] kata untuk menyatakan marah (kesal dan lain-lain):
~, apa yang telah kauperbuat!
3. = ~ kalau sekiranya, seandainya:
~ kalau abangnya ada di situ, tentu saja bergaduh tadi;
cuba-cuba hanya menguji-uji saja (untuk mengetahui dan lain-lain):
percaya dengan tiada ~;
mencuba
1. berusaha untuk membuat (memperoleh, melakukan, dan lain-lain) sesuatu:
Aini memberanikan dirinya dan ~ mengangkat muka serta memandang tepat ke muka lelaki itu;
ia akan ~ melawan perasaannya sendiri untuk kepentingan kasih dan anak;
2. memeriksa untuk mengetahui keadaan sesuatu (sedap tidaknya, baik buruknya, dan lain-lain):
kalau hendak tahu lama barunya mesin ini, cubalah hidupkan enjinnya;
elok dicubalah rokok orang pekan ini;
sebelum dibeli, dicubanya dahulu baju itu;
3. = mencubai menguji sesuatu (kebolehan, nasib, kesetiaan, dan lain-lain):
merantau ke negeri orang hendak ~ untungnya;
disuruh baginda ~ kuat dengan Badang;
mencubakan
1. memeriksa untuk mengetahui keadaan sesuatu (baik buruknya, sesuai tidaknya, dan lain-lain), mencuba:
silakanlah kita menyabung barang seketimpung kerana ayam beta ini baru hendak dicubakan;
2. menguji (memeriksa) sesuatu dengan menggunakannya:
elok kita cubakan pertanyaan itu kepadanya dalam perbincangan itu nanti;
cubaan
1. sesuatu yang dialami (dilakukan) untuk mencuba (menguji), ujian, dugaan:
kejujuran manusia kelihatan sebelum ia ditimpa ~;
2. usaha (untuk mencapai sesuatu):
pada kurun ke-20 telah ada ~ untuk memahami Islam;
percubaan
1. usaha untuk melakukan (menjayakan, menghasilkan, mencapai) sesuatu:
dalam ~nya menggulingkan kerajaan itu, ia sedar akan kelemahan-kelemahannya;
2. usaha (perbuatan dan sebagainya) yang belum pernah dilakukan sebelumnya, eksperimen:
~ menanam padi malinja telah mendatangkan hasil yang amat menggalakkan;
Ramli Isin juga merupakan pengkritik yang memberi perhatian kepada karya-karya yang bersifat ~;
3. penyelidikan dan usaha untuk mengetahui (memastikan, mendapatkan) sesuatu:
beberapa ~ sains sudah pun dibuat di bilik makmal yang baru ini;
kebun
~;
4. usaha atau perbuatan untuk mencuba sesuatu (untuk mengetahui atau menentukan kekuatannya, kelemahannya, dan lain-lain), ujian:
~ bom nuklear di bawah tanah pun tetap membahayakan manusia juga akhirnya;
sebelum memegang jawatan itu, ia mesti menempuh ~ selama enam bulan;
pencubaan perihal (usaha dan sebagainya) mencuba (kan).