cetak rompak

perbuatan menerbitkan hasil ciptaan atau karya penulis, pemuzik, penyanyi dan sebagainya, tanpa kebenaran, tanpa membayar royaliti kepada mereka dan sebagainya:
masalah ~ bukan sahaja menjadi masalah penyanyi malah masalah para pengeluar keset;

mencetak rompak menghasilkan semula, menerbitkan atau menggunakan bahan bercetak atau bahan rakaman (seperti pita video, perisian komputer, kaset dan sebagainya) karya orang lain tanpa kebenaran atau secara haram, terutamanya untuk tujuan memperoleh keuntungan:
polis berjaya menumpaskan sindiket ~ VCD;
beberapa kegiatan ~ perisian komputer telah dapat dikesan oleh pihak berkuasa;

pencetak rompak orang atau sindiket yang menjalankan kegiatan cetak rompak.

berkongsi