tempat menyimpan wang, pundi-pundi.
Category Archives: Kamus Dewan Online
undi
1. sesuatu untuk memilih atau menentukan sesuatu (mis siapa yang akan mendapat sesuatu, memulakan sesuatu permainan, dan lain-lain);
buah ~ ark dadu;
buang ~ = membuang ~ menentukan (memilih) dengan undi;
kena ~ menang dalam undi (terpilih dan lain-lain);
kertas ~ kertas yang ditandakan sebagai menunjukkan pilihan;
main ~
a) main loteri;
b) [arkaik] bermain dadu;
mencabut ~ menentukan sesuatu dengan mencabut atau menarik kertas dan sebagainya undi;
2. = undian pemilihan seseorang atau penentuan sesuatu dengan penandaan pada kertas undi (pungutan suara dan sebagainya):
~ kaum wanita merupakan 50% daripada seluruh ~ negara;
kertas ~ kertas yang disediakan untuk seseorang mengundi dalam sesuatu pemilihan (pilihan raya dan sebagainya);
surat ~ [Indonesia] tiket loteri;
~ mogok undi untuk menentukan sama ada akan mogok atau tidak;
~ pemutus undi yang menentukan sesuatu (apabila undi-undi yang lain sama banyak menyokong dan tidak menyokong atau menentang);
~ percaya undi yang menunjukkan majoriti menyokong seseorang, pemimpin dan sebagainya;
~ pos undi yang dihantar melalui pos apabila pengundi, terutamanya anggota tentera dan polis, berada di luar kawasan undi pilihan raya yang berkenaan;
~ sulit undi (pemilihan, penentuan, dan sebagainya) secara sulit (biasanya dengan menandakan pilihan atau keputusan seseorang pada kertas undi;
~ tidak percaya undi yang menunjukkan majoriti tidak menyokong seseorang, pemimpin dan sebagainya;
berundi sedang memilih (menentukan dan lain-lain) dengan undi;
mengundi
1. menentukan (memilih dan lain-lain) dengan membuang undi;
baiklah kita ~ siapa yang memusingkannya dahulu;
2. = ~ suara memutuskan sesuatu dengan mengira undi (memungut suara dan lain-lain), memilih (menentukan dan lain-lain) sesuatu dengan membuang undi:
setelah diundi, beliau telah terpilih menjadi Yang Dipertua Persatuan itu lagi;
Peguam Negara boleh dilantik menjadi ahli jawatankuasa Parlimen, tetapi dia tidak boleh ~;
memperundikan menentukan (membahagikan, memberikan, menetapkan, dan lain-lain) dengan cara diundi:
lapangan tempat meletak kereta akan diperundikan antara mereka yang berkereta;
undian
1. sesuatu yang diundi, loteri;
~ wang loteri (wang);
menarik ~ mendapat hadiah dalam undian wang dan lain-lain, menang loteri;
2. hasil mengundi, pemilihan undi:
pada hari ini, terpaksalah wakil-wakil dilantik dengan ~ ramai;
3. [kiasan] cubaan (untuk menentukan sesuatu), ujian;
pengundian perihal (perbuatan, proses, dan sebagainya) mengundi, pemilihan dengan cara mengundi:
pengumuman keputusan ~ memilih pucuk pimpinan UMNO;
pengundi
1. orang yang mengundi:
bilangan ~ yang berdaftar di seluruh Tanah Melayu dijangka meningkat hingga tiga juta orang;
~ hantu pengundi tidak berdaftar yang muncul dengan tiba-tiba saja dalam sesuatu pengundian (pilihan raya dan sebagainya);
2. sesuatu yang digunakan untuk mengundi (kertas, surat, dan lain-lain).
undang III
[Negeri Sembilan] pembesar adat yang empat di Negeri Sembilan.
undang II
undang-undang
1. sesuatu peraturan atau keseluruhan peraturan yang digubal (dibuat) oleh kerajaan dan mesti dipatuhi oleh masyarakat yang berkenaan:
dalam sesebuah negara demokrasi, parlimen membuat ~ yang mesti diikut oleh setiap orang;
2. peraturan yang digubal untuk sesuatu perbadanan (perkumpulan, persatuan, dan lain-lain) oleh orang-orang tertentu:
tiap-tiap ahli hendaklah patuh kepada ~ persatuan ini;
3. [Indonesia] rumusan yang dibuat berdasarkan hukum alam (dalam ilmu sains dan lain-lain), hukum:
~ Boyle;
~ Newton;
~ adat amalan yang diikuti turun-temurun di sesebuah kawasan atau dalam sesuatu masyarakat, yang diterima sebagai undang-undang di kawasan atau dalam masyarakat tersebut;
U~ Anak Negeri undang-undang yang berkaitan dengan peribumi di Sabah dan Sarawak mengikut konteks Perlembagaan Persekutuan;
~ antarabangsa undang-undang yang mengatur perhubungan antara negara;
~ awam undang-undang yang berlaku untuk seluruh rakyat (tidak berkaitan dengan jenayah);
~ darurat undang-undang yang dikuatkuasakan dalam masa berlakunya keadaan darurat sahaja;
~ dasar [Indonesia] perlembagaan;
~ hukum pidana [Indonesia] undang-undang yang menentukan hukuman untuk perbuatan jenayah;
~ jenayah undang-undang mengenai perbuatan jenayah (seperti berkenaan perbuatan merompak, membunuh, dan lain-lain);
~ kecil undang-undang atau peraturan yang dibuat oleh pihak berkuasa atau agensi pentadbiran, misalnya pihak berkuasa tempatan, perbadanan dan sebagainya, yang diberi kuasa berkanun atau kuasa undang-undang;
~ pentadbiran undang-undang yang berhubungan dengan kuasa, kewajiban dan tatacara sesuatu agensi pentadbiran;
~ tubuh peraturan dasar yang mesti dipatuhi oleh ahli sesuatu pertubuhan dan lain-lain;
berundangan;
pandai ~ [Minangkabau]
a) mengerti benar (memahami benar-benar) tentang adat;
b) pandai berbicara;
mengundangkan
1. menjadikan sebagai undang-undang, menentukan atau menetapkan sesuatu berdasarkan undang-undang;
2. mengumumkan undang-undang kepada orang ramai, menyerantakan undang-undang;
memperundangkan menjadikan sesuatu undang-undang:
segala hukum yang diperundangkan oleh Allah ke atas hambanya;
undangan;
majlis (dewan) ~ majlis (dewan) yang menggubal undang-undang;
perundangan
1. yang berhubungan (berkaitan) dengan atau berasaskan undang-undang:
menggunakan Bahasa Melayu sepenuhnya termasuk bidang ~ dan kehakiman;
suatu sistem ~, ekonomi, dan politik yang menyeluruh;
Islam ialah agama~;
2. kumpulan undang-undang, keseluruhannya yang berkaitan dengan undang-undang:
Yang di-Pertuan Agong sebagai lambang sumber segala ~ Malaysia;
sikap sedemikian adalah bertentangan dengan ~ Islam;
perundang-undangan perundangan;
pengundang-undang orang yang menggubal undang-undang.
undang I
mengundang mempersilakan datang, memanggil supaya datang, menjemput (supaya menghadiri sesuatu majlis dan sebagainya):
dia ~ beberapa teman sekerja ke rumahnya;
undangan
1. orang yang diundang, jemputan;
2. panggilan (untuk datang), jemputan:
pada suatu hari, dia menerima ~ untuk menghadiri satu pesta di rumah temannya;
pengundang pihak atau orang yang mengundang:
setiap tetamu undangan perlulah memberikan jawaban kepada ~ sama ada ia dapat menghadiri majlis itu atau sebaliknya.
undan II
1. sejenis burung;
~ putih, Pelecanus onocrotalus; ~ gangsa, Pelecanus crispus.
undan I
berundan, berundan-undan sengaja berlama-lama mengerjakan sesuatu, berlengah-lengah.
undak II
undak-undakan [Jawa]
1. tangga di depan pintu (rumah);
2. bertingkat-tingkat, berlenggek-lenggek.
undak I
mengundak, mengundak-undak menyebabkan tidak dapat bergerak maju (kapal, perahu, dan lain-lain), terkatung-katung (kerana angin sakal, gelombang besar, dan lain-lain):
pintalah turun angin dua muka, dari darat mengundak-undak geliung panjang ini ke laut;
pengundak penghalang atau penahan.
unda
[bahasa percakapan] bonda.