unggul I

melebihi (mengatasi) yang lain (baik, bijak, cekap, tinggi, dan lain-lain), terbaik, teristimewa, terutama:
dia seorang ahli olahraga yang ~;
ahli sains yang ~;

mengungguli mengatasi, melebihi (pihak lain):
tiap-tiap golongan cuba ~ yang lain;

keunggulan perihal unggul, kelebihan (daripada yang lain), keistimewaan, keutamaan:
seniman harus juga berlatih dengan sabar, ~nya sebahagian besar adalah berkat latihan dan kesabaran.

unggis

mengunggis menggigit sedikit-sedikit (berkenaan (dengan) tikus, arnab, dan lain-lain), mengerip, mengerumit:
tikus itu ~ roti yang ditinggalkan di atas meja.

unggas

segala jenis burung:
sekalian ~ yang terbang pun habis menaruh sayang kasihan belas akan Raja Jawa itu;~ angkasa burung yang terbang tinggi di angkasa;
~ dewata burung di syurga;
~ puding sejenis burung;
lepas ~ besar sekali;

mengunggas;
~ puding [Minangkabau] lari (kerana ketakutan).