ungkap I

mengungkap mengangakan mulut untuk bernafas (berkata-kata), ngap-ngap;

terungkap-ungkap sekejap terbuka sekejap terkatup mulut (seperti hendak bernafas), terngap-ngap.

ungkal

tidak mahu menurut, keras kepala, degil:
jika terdapat orang-orang itu disuruh halau, dan jika ~, ditangkap.

ungkai

mengungkai
1. menghuraikan simpulan tali dan lain-lain, mengorak, membuka (ikatan dan lain-lain):
tali yang memperhubungkan aku dengan engkau telah tersimpul mati, tidak dapat diungkai lagi;

2. membuka atau menanggalkan (baju dan lain-lain), membongkar (rumah), merombak;

3. menganggap (menyatakan, menyebabkan) tidak berlaku atau sah, membatalkan (perjanjian dan lain-lain), memansuhkan;

4. mencari-cari sesuatu untuk diselidiki, membongkar-bongkar untuk menyelidiki (memeriksa dan lain-lain), menggugat perkara yang sudah-sudah;

terungkai telah (dapat) diungkai, terbongkar, terbuka, tertanggal, terurai:
dia membetulkan kutangnya yang hampir ~ itu;

pengungkaian proses atau perbuatan mengungkai:
~ simpulan;

pengungkai;
~ rantai guna-guna (jampi, mantera) untuk melepaskan gari.

ungkah

[Minangkabau] [arkaik];

mengungkah menguraikan (simpulan tali dan lain-lain), membuka (belenggu dan lain-lain), membongkar, mengungkai.

ungka

sejenis kera yang panjang tangannya tetapi tidak berekor, wakwak;
~ kelabu, Hylobates muelleri;
~ tangan hitam, Hylobates agilis;
~ tangan putih, Hylobates lar.

unggut

berunggut-unggutan saling menarik, bertarik-tarikan, sentak-menyentak;

mengunggut menarik kuat-kuat, menyentak, merenggut.

unggun

1. longgokan kayu dan lain-lain, timbunan, tompokan:
ketika petang, mereka membakar ~ dan keluarlah asap yang berkepul-kepul dari daerah itu;

2. = ~ api = api ~ longgokan kayu dan lain-lain yang terbakar, api longgokan kayu dan lain-lain:
di bawah penyalai itu hidup ~ batang manggis dan batang rambutan;
mereka kelihatan duduk berbual-bual di tepi ~ api;

berunggun
1. = berunggun-unggun berlonggok-longgok, bertimbun-timbun, bertompok-tompok;

2. sedang membuat api unggun, sedang membakar kayu dan lain-lain yang dilonggokkan;

3. masih menyala (longgokan kayu yang dibakar dan lain-lain);

mengunggunkan
1. meletakkan (menyusun dan lain-lain) kayu dan lain-lain supaya bertimbun-timbun, melonggokkan;

2. menimbunkan kayu dan lain-lain dan dibakar;

unggunan
1. longgokan kayu (sampah dan lain-lain);

2. api unggun:
beberapa orang anak kecil dan orang tua sedang duduk-duduk di keliling ~ api.