undang II

undang-undang
1. sesuatu peraturan atau keseluruhan peraturan yang digubal (dibuat) oleh kerajaan dan mesti dipatuhi oleh masyarakat yang berkenaan:
dalam sesebuah negara demokrasi, parlimen membuat ~ yang mesti diikut oleh setiap orang;

2. peraturan yang digubal untuk sesuatu perbadanan (perkumpulan, persatuan, dan lain-lain) oleh orang-orang tertentu:
tiap-tiap ahli hendaklah patuh kepada ~ persatuan ini;

3. [Indonesia] rumusan yang dibuat berdasarkan hukum alam (dalam ilmu sains dan lain-lain), hukum:
~ Boyle;
~ Newton
;
~ adat amalan yang diikuti turun-temurun di sesebuah kawasan atau dalam sesuatu masyarakat, yang diterima sebagai undang-undang di kawasan atau dalam masyarakat tersebut;
U~ Anak Negeri undang-undang yang berkaitan dengan peribumi di Sabah dan Sarawak mengikut konteks Perlembagaan Persekutuan;
~ antarabangsa undang-undang yang mengatur perhubungan antara negara;
~ awam undang-undang yang berlaku untuk seluruh rakyat (tidak berkaitan dengan jenayah);
~ darurat undang-undang yang dikuatkuasakan dalam masa berlakunya keadaan darurat sahaja;
~ dasar [Indonesia] perlembagaan;
~ hukum pidana [Indonesia] undang-undang yang menentukan hukuman untuk perbuatan jenayah;
~ jenayah undang-undang mengenai perbuatan jenayah (seperti berkenaan perbuatan merompak, membunuh, dan lain-lain);
~ kecil undang-undang atau peraturan yang dibuat oleh pihak berkuasa atau agensi pentadbiran, misalnya pihak berkuasa tempatan, perbadanan dan sebagainya, yang diberi kuasa berkanun atau kuasa undang-undang;
~ pentadbiran undang-undang yang berhubungan dengan kuasa, kewajiban dan tatacara sesuatu agensi pentadbiran;
~ tubuh peraturan dasar yang mesti dipatuhi oleh ahli sesuatu pertubuhan dan lain-lain;

berundangan;
pandai ~ [Minangkabau]
a) mengerti benar (memahami benar-benar) tentang adat;
b) pandai berbicara;

mengundangkan
1. menjadikan sebagai undang-undang, menentukan atau menetapkan sesuatu berdasarkan undang-undang;

2. mengumumkan undang-undang kepada orang ramai, menyerantakan undang-undang;

memperundangkan menjadikan sesuatu undang-undang:
segala hukum yang diperundangkan oleh Allah ke atas hambanya;

undangan;
majlis (dewan) ~ majlis (dewan) yang menggubal undang-undang;

perundangan
1. yang berhubungan (berkaitan) dengan atau berasaskan undang-undang:
menggunakan Bahasa Melayu sepenuhnya termasuk bidang ~ dan kehakiman;
suatu sistem ~, ekonomi, dan politik yang menyeluruh;
Islam ialah agama~;

2. kumpulan undang-undang, keseluruhannya yang berkaitan dengan undang-undang:
Yang di-Pertuan Agong sebagai lambang sumber segala ~ Malaysia;
sikap sedemikian adalah bertentangan dengan ~ Islam;

perundang-undangan perundangan;

pengundang-undang orang yang menggubal undang-undang.

berkongsi