undang I

mengundang mempersilakan datang, memanggil supaya datang, menjemput (supaya menghadiri sesuatu majlis dan sebagainya):
dia ~ beberapa teman sekerja ke rumahnya;

undangan
1. orang yang diundang, jemputan;

2. panggilan (untuk datang), jemputan:
pada suatu hari, dia menerima ~ untuk menghadiri satu pesta di rumah temannya;

pengundang pihak atau orang yang mengundang:
setiap tetamu undangan perlulah memberikan jawaban kepada ~ sama ada ia dapat menghadiri majlis itu atau sebaliknya.

berkongsi