[sastera lama] berkaitan dengan unsur (asal mula dan lain-lain).
Category Archives: Kamus Dewan Online
unsur
1. bahagian (yang terkecil) daripada sesuatu benda, bahagian benda yang tidak dapat dibahagi-bahagikan lagi (dengan sebarang proses kimia), bahan (zat) asal:
~ boleh dibahagi kepada dua kumpulan utama, logam dan bukan logam;
~ nadir bumi (Kimia) unsur dalam siri lantanid;
~ surih (Kimia) unsur dan sebatiannya yang diperlukan oleh organisma hidup pada kadar yang sangat kecil;
2. [kiasan] bahan, anasir:
buku-buku sejarah yang ada masih penuh dengan ~-~ subjektif yang kurang penting;
beliau juga membawa ~-~ yang memberi semangat kepada rakyat di samping lagu cinta dan kasih sayang;
berunsur mempunyai unsur, bersifat:
cerita pendek dan rencana Salim ~ cercaan dan sindiran;
berunsurkan mengandungi (mempunyai, berasaskan, dan sebagainya) unsur-unsur tertentu:
pandangan-pandangan mereka yang ~ Barat.
unsat-unsat
sejenis ikan laut, Plotosus anguillaris.
unjut
[Minangkabau] bungkusan daripada kain empat persegi yang keempat-empat puncanya disimpul sekali;
mengunjuntukan membuat unjut (daripada sapu tangan dan lain-lain).
unjur
mengunjur
1. duduk (berbaring) dengan meluruskan kedua-dua belah kaki;
2. menonjol atau menjulur ke luar dari sesuatu permukaan atau bahagian utama, menganjur:
binaan tingkap di setiap bilik tidur dan ruang makan dibentuk secara ~;
dilihat dari arah hadapan, rumah itu menonjolkan binaan pergola cengal yang ~ dari bumbung;
mengunjurkan
1. meluruskan kedua-dua belah kaki (ketika berbaring, duduk), membaringkan dengan meluruskan kedua-dua belah kaki:
dia merentangkan tangan dan ~ kaki, seakan-akan hendak melepaskan penat badannya;
2. meramalkan atau menganggarkan sesuatu situasi (hasil, keputusan dan sebagainya) yang akan datang berdasarkan data, fakta dan sebagainya yang sedia ada, memprojeksikan:
bank koperasi itu ~ keuntungan sebelum cukai sekurang-kurangnya RM 85 juta bagi tahun 2003 ini;
kami ~ 30 peratus pendapatan daripada pendapatan seluruh dunia menjelang tahun 2005;
terunjur terhulur kaki (sewaktu duduk), terlunjur kaki:
duduk dengan kaki ~;
pengunjuran
1. perihal mengeluarkan atau memancarkan gambar dan sebagainya pada sesuatu permukaan:
projektor menayangkan imej ke skrin secara ~;
2. peramalan (ramalan) tentang sesuatu perkembangan atau kemungkinan berdasarkan maklumat atau kajian tertentu:
pengurusan terutamanya melibatkan perancangan, menetapkan objektif, membuat ramalan dan ~, menganalisis masalah, dan membuat keputusan;
unjuran
1. bahagian sebelah kaki orang yang sedang berbaring, bahagian tempat kaki mengunjur (pada petiduran), tumpuan kaki:
anaknya yang tua sedang bermain-main kelereng di ~ ibunya;
2. anggaran atau jangkaan tentang sesuatu situasi, arah aliran dan sebagainya masa depan, terutamanya berdasarkan data, maklumat dan sebagainya yang berlaku sekarang, projeksi:
~ ini dibuat berdasarkan pertumbuhan penduduk sebanyak 2% setahun;
pakar dan penganalisis ekonomi menyifatkan ~ positif satu peratus KDNK bagi tahun ini adalah realistik dan boleh diterima baik oleh pasaran;
3. sesuatu yang mengunjur ke luar dari sesuatu permukaan:
di kepalanya terdapat ~ yang kelihatan seperti dua mata kapak;
dibiarkan ~ kayu atau buluh yang sama panjang di kedua-dua hujung rumah;
lunjur.
unjung II
[arkaik];
mengunjungkan mengunjukkan, memberikan (kepada), menghulurkan.
unjung I
[arkaik]kunjung I.
unjun
[sastera lama];
mengunjun menghulurkan (tangan, tali, dan lain-lain) dan menariknya kembali kuat-kuat, menarik (menyentak) kuat-kuat, merentak.
unjuk II
tunjuk;
mengunjuk menunjuk;
mengunjukkan memberitahu dengan menunjuk, memperlihatkan, menunjukkan:
Penghulu ~ tempatnya dan tempat ibu bapanya berkedai itu;
pengunjukan perihal (perbuatan dan sebagainya) mengunjukkan (menunjukkan), sesuatu yang memberitahu atau yang menunjukkan, petunjuk.
unjuk I
~ beritahu [bahasa percakapan] memberitahu atau memaklumkan;
~ yang tidak diberikan (peribahasa) berjanji akan memberikan sesuatu tetapi hanya tinggal janji sahaja;
mengunjuk
1. mengangkat serta menghulurkan tangan (ke atas atau ke hadapan), mengunjurkan tangan;
2. memberi kepada (seseorang) dengan tangan:
Ini surat daripada abang, Samad ~;
mengunjukkan
1. mengangkatkan tangan ke atas (ke hadapan), menghulurkan atau mengunjurkan tangan (kepada):
sampai di Brunei, Nor dikerumuni oleh kawan-kawannya, semuanya ~ tangan bersalam dan bertegur sapa;
2. memberikan sesuatu dengan tangan yang terhulur (terunjur), menyerahkan (kepada):
dia ~ sehelai kain batik kepadaku;
~ tangan;
pengunjukan perihal mengunjukkan, pemberian;
sepengunjuk = ~ tangan setinggi orang berdiri dengan menghulurkan tangan ke atas.