unjam II

daun-daun kelapa yang diikat dengan rotan dan dilabuhkan ke dalam laut (supaya menjadi tempat berkumpul ikan yang hendak ditangkap).

UNIX

(Komputer) sejenis sistem pengendalian berbilang tugas yang digunakan oleh kebanyakan minikomputer dan stesen kerja komputer.

universiti

institusi atau pusat pengajian tinggi yang memberikan ilmu dalam pelbagai bidang, menjalankan penyelidikan ilmiah, dan menganugerahkan pelbagai peringkat ijazah.

universal

meliputi seluruhnya atau semuanya (di dunia ini), sejagat:
sebenarnya seni itu ~ dan seniman itu hidupnya tidak berdaerah;

keuniversalan perihal (sifat dan sebagainya) universal:
sejarah tetap memberi perhatian kepada aspek-aspek yang lebih individualistik, ~ dikaji bersama-sama dengan keindividualan.