~ beritahu [bahasa percakapan] memberitahu atau memaklumkan;
~ yang tidak diberikan (peribahasa) berjanji akan memberikan sesuatu tetapi hanya tinggal janji sahaja;
mengunjuk
1. mengangkat serta menghulurkan tangan (ke atas atau ke hadapan), mengunjurkan tangan;
2. memberi kepada (seseorang) dengan tangan:
Ini surat daripada abang, Samad ~;
mengunjukkan
1. mengangkatkan tangan ke atas (ke hadapan), menghulurkan atau mengunjurkan tangan (kepada):
sampai di Brunei, Nor dikerumuni oleh kawan-kawannya, semuanya ~ tangan bersalam dan bertegur sapa;
2. memberikan sesuatu dengan tangan yang terhulur (terunjur), menyerahkan (kepada):
dia ~ sehelai kain batik kepadaku;
~ tangan;
pengunjukan perihal mengunjukkan, pemberian;
sepengunjuk = ~ tangan setinggi orang berdiri dengan menghulurkan tangan ke atas.