upak

[arkaik];

mengupak
1. menyalakan kembali api yang hampir padam, memarakkan api;

2. [kiasan] membangkitkan kemarahan, menghasut.

upah

wang dan lain-lain yang diberikan kepada orang yang disuruh mengerjakan sesuatu, bayaran sebagai pembalas jasa, ganjaran untuk tenaga orang yang telah digunakan:
aku diberi ~ seringgit untuk mengangkat beg;
~ bidan
upah yang diberikan kepada bidan;
makan (mengambil) ~
a) bekerja dengan mendapat upah;
b) menerima upah kerana mengerjakan sesuatu;
c) [kiasan] menerima rasuah, makan suap;

berupah (melakukan sesuatu) dengan mendapat upah, menerima upah, dengan upah:
dia sendiri juga membawa makanan dan segala perkakas itu dengan tiada ~;

mengupah menyuruh membuat sesuatu pekerjaan dengan membayar upah, menyuruh bekerja dengan memberi upah:
maka datanglah mereka itu ke rumah nenekku ~ menulis Quran;

mengupahi membayar upah kepada:
mereka telah diupahi membakar rumah itu;

mengupahkan menyuruh orang mengerjakan sesuatu dengan membayar upah:
kpada siapa engkau upahkan menjahit baju engkau?

upahan
1. = orang ~ orang yang bekerja dengan mendapat upah, orang gaji;

2. orang yang diupah;
askar (tentera) ~ askar yang berkhidmat kerana upah;

3. upah;

pengupah orang yang memberi upah:
maka kuranglah ~ di dalam negeri itu dan jadi piciklah rezekinya.

upacara

1. alat kerajaan, tanda kebesaran (pedang, payung, dan lain-lain);

2. majlis menurut adat (kebiasaan, agama), keramaian atau peralatan (menurut adat):
seisi negeri menyaksikan ~ perkahwinan tersebut;

3. seluruh perbuatan yang dilakukan menurut peraturan dan istiadat tertentu (untuk merasmikan, memperingati, merayakan, melantik, dan lain-lain):
~ penobatan;
~ perasmian persidangan;

4. [sastera lama] perihal menghormati dengan rasmi (tetamu dan lain-lain), penghormatan rasmi.

unyai

[Minangkabau];

berunyai, berunyai-unyai sengaja membuat sesuatu lambat-lambat, sedikit demi sedikit, berlambat-lambat, berlengah-lengah;
~ bak hujan pagi (peribahasa)
a) mesyuarat atau percakapan yang tidak penting tetapi berpanjang-panjang;
b) pekerjaan yang dikerjakan lambat-lambat dan terhenti-henti pada hal dapat dikerjakan dengan lekas;

mengunyai mengerjakan sesuatu dengan lambat-lambat.

untut

1. penyakit bengkak pada kaki (kerana kurang makan, menderita penyakit beriberi, dan lain-lain);

2. (Perubatan) penyakit yang menyebabkan anggota badan, terutamanya kaki, membengkak dan kulit menjadi tebal akibat jangkitan cacing filaria, sakit gajah, elefantiasis;
harapkan si ~ menggamit, kain koyak diupahkan (peribahasa) percaya kepada orang yang malas;
kaki ~ dipakaikan gelang (peribahasa) maksud hendak memperelok tetapi menjadi bertambah buruk;
lain yang bengkak, maka yang bernanah lain, yang ~ lain, yang mengisut lain (peribahasa) lain yang bersalah, lain yang kena hukum.

untung

1. apa yang telah ditentukan (oleh Yang Maha Kuasa) akan berlaku ke atas seseorang, nasib:
bukan sebab keberanian dan kegagahanku maka aku beroleh hadiah dan pangkat itu, hanya semata-mata kerana ~;

2. tidak sial (celaka), bernasib baik, mujur:
~ jugalah ada abang bawa kad pengenalan, kalau tidak tentu kena tahan oleh polis;

3. = keuntungan hasil pendapatan atau perolehan daripada sesuatu kegiatan (seperti perusahaan, perniagaan, dan lain-lain) yang melebihi modal dan segala perbelanjaan yang berkaitan, laba:
berdagang dengan tidak mendapat ~;

4. faedah, guna, manfaat:
cuba kaufikir, apa ~nya mengasihi orang yang tidak mengasihi kita;
~ atas kertas
(Ekonomi) untung yang belum nyata yang diperoleh pelabur disebabkan kenaikan harga asal saham yang dimilikinya, dan keuntungan sebenar akan hanya diperoleh apabila saham tersebut dijual;
~ baik (buruk) nasib baik (buruk);
~ batu ki nasib yang buruk (sial);
~ bersih laba yang diperoleh setelah ditolak segala bayaran (perbelanjaan, cukai, dan lain-lain);
~ besar laba yang banyak;
~ kasar laba sebelum ditolak segala perbelanjaan (cukai dan lain-lain);
~ malang
a) nasib yang buruk (sial, celaka);
b) nasib;
~ modal (Ekonomi) laba modal;
~ nasib nasib badan;
~ rugi
a) laba atau rugi;
b) manfaat atau mudarat;
~ sabut ki nasib yang selalunya baik (mujur);
~ sebelum cukai (Ekonomi) keuntungan yang diperoleh oleh syarikat sebelum ditolak cukai yang berkaitan;
~ ada, tuah tidak (peribahasa)
a) pulang pokok sahaja;
b) seseorang yang mendapat sesuatu perolehan atau kelabaan tetapi dengan segera juga balik menjadi rugi dan hilang pendapatannya;
~ melambung, malang menimpa (peribahasa) seseorang yang mengalami kemalangan dan hilang pengharapan serta beroleh kesusahan pula;
~ sabut timbul, ~ batu tenggelam (peribahasa) jika bernasib baik, selamat, jika bernasib malang, binasalah;
~ sepanjang jalan, malang sekejap mata (peribahasa) kemalangan itu datangnya dengan tiba-tiba sahaja (sebab itu orang harus selalu berhati-hati);
~ tak dapat diraih, malang tak dapat ditolak (peribahasa) nasib seseorang itu tidak dapat diubah;
harapan si ~ menggamit, kain di badan didedahkan (peribahasa) kerana mengharapkan laba yang besar tetapi belum tentu dapat, lalu laba yang kecil tetapi sudah pasti, dilepaskan;

untung-untung
1. barangkali (akan), kalau mujur, kalau-kalau:
cubalah kakak ceritakan, ~ adik kakak yang buruk ini dapat melegakan fikiran kakak;

2. ada juga baiknya (barangkali) kerana, nasib baik barangkali kerana, mudah-mudahan:
biarlah dia menipu aku, ~ terbuka mataku;

untung-untungan jika untung baik dan jika nasib malang binasa, jika untung baik dan jika tidak untung apa boleh buat, terserah (berserah) kepada nasib, nasib-nasiban:
~ mengerjakan pekerjaan yang besar bahayanya;
kasihanilah kami, bawalah kami ke kampung abang, Kamal bersuara ~;

beruntung
1. memperoleh untung, mendapat laba:
bukan dia sahaja yang ~ begitu, banyak lagi orang kita yang lain-lain;

2. bernasib baik, bahagia, mujur:
siapa ~, dialah menang;

3. berjaya, berhasil;

menguntungkan
1. mendatangkan untung (laba), memberi untung (kepada):
perniagaan secara bersendirian ialah perniagaan yang paling ~ atau merugikan;

2. menyebabkan beruntung (berbahagia, mujur), mendatangkan bahagia, memanfaatkan:
kalau orang itu pandai serta rajin, dia akan ~ masyarakat;

3. memberi faedah, berguna, bermanfaat:
keadaan dalam negeri telah memberikan kemungkinan yang lebih ~ untuk mengadakan revolusi;

keuntungan
1. = keberuntungan perihal beruntung (nasib baik), kebahagiaan, kemujuran:
tidak ada apa-apa lagi yang menggores hati mereka, inilah satu ~ bagi mereka dua suami isteri;

2. laba, untung:
takkan mungkin orang berniaga mahu mengelakkan ~;

3. (sesuatu) yang mendatangkan untung, manfaat:
dengan itu, berakhirlah istiadat yang telah menjadi tradisi masyarakat Melayu, adat yang tidak memberi apa-apa ~;

peruntungan untung nasib (diri seseorang), nasib, untung malang:
menitik air matanya mengenang-ngenang ~ saudaranya;

seperuntungan sama peruntungan, senasib:
Cik Yon yang telah dipandangnya sebagai belahan dirinya, yang dianggapnya sebagai kongsi ~, akan bercerai daripadanya.

untuk

1. ditentukan (disediakan) bagi, merupakan bahagian (seseorang dan lain-lain):
tanah getah yang lima ekar ini ~mu dan tanah sawah yang dua ekar itu ~ adikmu;

2. guna, bagi, buat:
wang ~ membeli makanan;
ruang ~ bekerja;

3. (digunakan, dipakai) sebagai, dijadikan, supaya menjadi atau dijadikan:
ditumbuknya kulit kayu itu halus-halus ~ ubat;
dibawanya buluh rencong ~ senjata;

4. (bermaksud) hendak:
saya terlalu takut ~ lari;

5. (diberikan, dihantar) kepada:
beliau telah mengirim wang RM50.00 ~ ayahnya;

6. (melakukan, mengerjakan sesuatu) supaya, supaya dapat:
~ melihat dengan jelas penyimpangan dari segi bentuk ini, di bawah ini diturunkan dua rangkap permulaan Syair Sinyor Kosta;
~ memahami keadaan yang berlaku sekarang ini, perlu dikaji perkembangan-perkembangan sebelumnya;

beruntuk
1. (sudah) menerima bahagian masing-masing, (sudah) memiliki bahagian masing-masing;

2. sudah ditetapkan bahagian masing-masing:
pusaka itu belum lagi ~;

memperuntukkan, menguntukkan menetapkan, (mencadangkan, menyediakan) bagi, membahagikan atau mengekhaskan (bagi sesuatu tujuan, keperluan, dan lain-lain):
perbelanjaan mengadakan pertandingan itu tahun ini diperuntukkan sebanyak RM60 000;
maka kerajaan terpaksa ~ lebih banyak wang untuk pertahanan dan keselamatan negara;

teruntuk
1. sudah ditetapkan sebagai bahagian seseorang (sesuatu keperluan dan lain-lain);

2. ditetapkan (dikhususkan) bagi seseorang;

peruntukan
1. sesuatu yang telah diuntukkan, bahagian atau jumlah (wang dan lain-lain) yang ditetapkan (ditentukan) untuk:
Dewan Rakyat telah meluluskan ~ untuk membina rumah-rumah pemulihan akhlak;

2. syarat atau ketentuan (dalam undang-undang dan sebagainya):
~ undang-undang untuk membataskan poligami.