UPSI

akronim bagi Universiti Pendidikan Sultan Idris (dahulunya Maktab Perguruan Sultan Idris).

UPM

[kependekan] Universiti Putra Malaysia (dahulunya Universiti Pertanian Malaysia).

UPKO

akronim bagi United Pasok-Momogun Kadazan Organisation (Pertubuhan Pasok-Momogun Kadazan Bersatu).

upik

[Minangkabau] = si ~ panggilan kepada anak perempuan:
hai ~, baru kelmarin kau memakan garam dunia, kau belum tahu belit-belitnya;
si ~ jantan
perempuan yang berkelakuan seperti lelaki;
belum tentu si ~ si buyungnya (peribahasa) belum tentu keputusan (kesudahan) sesuatu perkara.

upih II

burung ~ = upih-upih a) sejenis burung, burung upiha, Ibis cinereus;
b) sejenis burung, Ibis leucocephalus.

upih I

pangkal pelepah yang lebar dan tipis (pada pokok palma seperti pinang dan lain-lain);
rupa ~ disiat [kiasan] pucat benar;

mengupih [kiasan] sudah tua benar (pakaian dan lain-lain).