urbanisasi

proses, usaha, dan sebagainya menjadikan sesuatu keadaan, kawasan, dan sebagainya bersifat bandar, pembandaran:
begitu juga hasil daripada industrialisasi dan ~, berlakunya perhijrahan dari desa ke kota;

mengurbanisasikan menjadikan sesuatu kawasan itu bandar, membandarkan.

ura-ura

1. [sastera lama] mesyuarat, perbincangan, perundingan, pembicaraan;

2. cadangan, usul:
ada ~ persatuan itu mahu menubuhkan kedai syarikat kerjasama;

berura-ura
1. [sastera lama] bermesyuarat, berbincang, berunding;

2. merancang-rancang, bercadang, bermaksud, bertujuan:
pernah juga dia ~ hendak menulis cerita berdasarkan percintaan guru sama guru;
negara-negara di rantau ini tidak ~ hendak menubuhkan pakatan tentera;

mengura-urakan
1. = memperura-urakan membicarakan, membincangkan:
akan pekerjaan ini jangan kita perura-urakan kerana rakyat yang mengeliling kota ini suka juga;

2. merancang-rancangkan, mencadangkan, mengusulkan:
persidangan itu diura-urakan oleh Parti Rakyat.

urat-urat

akar ~ sejenis tumbuhan (pokok memanjat), akar sagu paya, bunga petaya, Dalbergia stercoracea.

urat IV

mengurat mengusik-ngusik perempuan (untuk memikat), mengganggu perempuan:
buruh-buruh yang ramai turun dari lori bersiul-siul ~ Rokiah

urat III

bahagian tubuh yang haram didedahkan (menurut agama Islam);
gila ~ lelaki yang gila perempuan;

aurat.

urat I

1. = ~ darah saluran kecil-kecil dalam tubuh yang membawa (mengalirkan) darah, pembuluh darah;

2. = ~ daging tisu pada daging yang halus seperti benang;

3. gumpalan daging yang menggerakkan bahagian badan, otot;

4. = ~ saraf tisu yang menjadi alat perasa, asabat;

5. garisan-garisan yang kelihatan pada permukaan kayu, (batu marmar dan lain-lain);

6. serat yang terdapat pada kayu, tisu pada tumbuh-tumbuhan;

7. tulang daun:
daun pokok ini mempunyai ~ yang selari antara satu sama lain;

8. akar (pada tumbuh-tumbuhan);

9. penjodoh bilangan untuk gelang atau benda yang kecil (halus) dan panjang (seperti rotan dan lain-lain):
di pergelangan tangannya membelit dua ~ gelang halus diperbuat daripada emas;

10. [kiasan] asal mula (sesuatu hal), pokok pangkal;
~ amris urat di kiri kanan batang leher;
~ benang jalur benang (pada jahitan);
~ belikat otot pada belikat;
~ daun tulang-tulang daun;
~ daya garisan (titik-titik, jaluran) yang menunjukkan aliran tenaga dan lain-lain;
~ kata akar kata;
~ keting otot di atas tumit;
~ leher otot pada leher;
~ nadi saluran darah yang berdenyut pada pergelangan tangan;
~ pengetul otot pada lengan (atau kaki) untuk melipatkan lengan (atau kaki);
~ tendon sejenis tisu yang menghubungkan otot dengan tulang;
~ tunggal = ~ tunggang akar tunjang (pada tumbuh-tumbuhan);
menghendaki ~ lesung (peribahasa) menghendaki sesuatu yang tidak mungkin akan dapat;
nan berseluk ~, nan berjumbai akar, nan berlambai pucuk (peribahasa) [Minangkabau] orang yang berkaum menurut adat;

berurat
1. mempunyai urat;

2. mempunyai akar, berakar:
ke atas tidak berpucuk, ke bawah tidak ~;
~ berakar

a) sudah mendalam benar (perasaan dan lain-lain);
b) sudah lama (di sesuatu tempat dan lain-lain);
berhati baja, ~ kawat (peribahasa) orang yang tabah serta keras hati.

uras

1. [Minangkabau] sejenis ubat yang dilumas pada tubuh, air ubat, param;

2. sihat, sembuh (daripada sakit);

beruras
1. menggunakan uras sebagai ubat, mengubati dengan uras;

2. [kiasan] dihiburkan atau dipersenang (hati dan lain-lain);
bagai ~ katang-katang (peribahasa) perihal orang yang sedang panas hati (hendak berkelahi);

menguras, mengurasi
1. melumas badan dengan uras, mengubati (dengan uras);

2. menyembuhkan, mengubatkan;

menguraskan melumaskan uras, menggunakan sesuatu sebagai uras (ubat).

urap II

kelapa yang diparut serta dirempahi (untuk dimakan dengan ubi dan lain-lain);
pulut ~ pulut yang dibubuhi (dicampuri) urap;

mengurap mencampuri (membubuhi) urap.