untung

1. apa yang telah ditentukan (oleh Yang Maha Kuasa) akan berlaku ke atas seseorang, nasib:
bukan sebab keberanian dan kegagahanku maka aku beroleh hadiah dan pangkat itu, hanya semata-mata kerana ~;

2. tidak sial (celaka), bernasib baik, mujur:
~ jugalah ada abang bawa kad pengenalan, kalau tidak tentu kena tahan oleh polis;

3. = keuntungan hasil pendapatan atau perolehan daripada sesuatu kegiatan (seperti perusahaan, perniagaan, dan lain-lain) yang melebihi modal dan segala perbelanjaan yang berkaitan, laba:
berdagang dengan tidak mendapat ~;

4. faedah, guna, manfaat:
cuba kaufikir, apa ~nya mengasihi orang yang tidak mengasihi kita;
~ atas kertas
(Ekonomi) untung yang belum nyata yang diperoleh pelabur disebabkan kenaikan harga asal saham yang dimilikinya, dan keuntungan sebenar akan hanya diperoleh apabila saham tersebut dijual;
~ baik (buruk) nasib baik (buruk);
~ batu ki nasib yang buruk (sial);
~ bersih laba yang diperoleh setelah ditolak segala bayaran (perbelanjaan, cukai, dan lain-lain);
~ besar laba yang banyak;
~ kasar laba sebelum ditolak segala perbelanjaan (cukai dan lain-lain);
~ malang
a) nasib yang buruk (sial, celaka);
b) nasib;
~ modal (Ekonomi) laba modal;
~ nasib nasib badan;
~ rugi
a) laba atau rugi;
b) manfaat atau mudarat;
~ sabut ki nasib yang selalunya baik (mujur);
~ sebelum cukai (Ekonomi) keuntungan yang diperoleh oleh syarikat sebelum ditolak cukai yang berkaitan;
~ ada, tuah tidak (peribahasa)
a) pulang pokok sahaja;
b) seseorang yang mendapat sesuatu perolehan atau kelabaan tetapi dengan segera juga balik menjadi rugi dan hilang pendapatannya;
~ melambung, malang menimpa (peribahasa) seseorang yang mengalami kemalangan dan hilang pengharapan serta beroleh kesusahan pula;
~ sabut timbul, ~ batu tenggelam (peribahasa) jika bernasib baik, selamat, jika bernasib malang, binasalah;
~ sepanjang jalan, malang sekejap mata (peribahasa) kemalangan itu datangnya dengan tiba-tiba sahaja (sebab itu orang harus selalu berhati-hati);
~ tak dapat diraih, malang tak dapat ditolak (peribahasa) nasib seseorang itu tidak dapat diubah;
harapan si ~ menggamit, kain di badan didedahkan (peribahasa) kerana mengharapkan laba yang besar tetapi belum tentu dapat, lalu laba yang kecil tetapi sudah pasti, dilepaskan;

untung-untung
1. barangkali (akan), kalau mujur, kalau-kalau:
cubalah kakak ceritakan, ~ adik kakak yang buruk ini dapat melegakan fikiran kakak;

2. ada juga baiknya (barangkali) kerana, nasib baik barangkali kerana, mudah-mudahan:
biarlah dia menipu aku, ~ terbuka mataku;

untung-untungan jika untung baik dan jika nasib malang binasa, jika untung baik dan jika tidak untung apa boleh buat, terserah (berserah) kepada nasib, nasib-nasiban:
~ mengerjakan pekerjaan yang besar bahayanya;
kasihanilah kami, bawalah kami ke kampung abang, Kamal bersuara ~;

beruntung
1. memperoleh untung, mendapat laba:
bukan dia sahaja yang ~ begitu, banyak lagi orang kita yang lain-lain;

2. bernasib baik, bahagia, mujur:
siapa ~, dialah menang;

3. berjaya, berhasil;

menguntungkan
1. mendatangkan untung (laba), memberi untung (kepada):
perniagaan secara bersendirian ialah perniagaan yang paling ~ atau merugikan;

2. menyebabkan beruntung (berbahagia, mujur), mendatangkan bahagia, memanfaatkan:
kalau orang itu pandai serta rajin, dia akan ~ masyarakat;

3. memberi faedah, berguna, bermanfaat:
keadaan dalam negeri telah memberikan kemungkinan yang lebih ~ untuk mengadakan revolusi;

keuntungan
1. = keberuntungan perihal beruntung (nasib baik), kebahagiaan, kemujuran:
tidak ada apa-apa lagi yang menggores hati mereka, inilah satu ~ bagi mereka dua suami isteri;

2. laba, untung:
takkan mungkin orang berniaga mahu mengelakkan ~;

3. (sesuatu) yang mendatangkan untung, manfaat:
dengan itu, berakhirlah istiadat yang telah menjadi tradisi masyarakat Melayu, adat yang tidak memberi apa-apa ~;

peruntungan untung nasib (diri seseorang), nasib, untung malang:
menitik air matanya mengenang-ngenang ~ saudaranya;

seperuntungan sama peruntungan, senasib:
Cik Yon yang telah dipandangnya sebagai belahan dirinya, yang dianggapnya sebagai kongsi ~, akan bercerai daripadanya.

berkongsi