unjur

mengunjur
1. duduk (berbaring) dengan meluruskan kedua-dua belah kaki;

2. menonjol atau menjulur ke luar dari sesuatu permukaan atau bahagian utama, menganjur:
binaan tingkap di setiap bilik tidur dan ruang makan dibentuk secara ~;
dilihat dari arah hadapan, rumah itu menonjolkan binaan pergola cengal yang ~ dari bumbung;

mengunjurkan
1. meluruskan kedua-dua belah kaki (ketika berbaring, duduk), membaringkan dengan meluruskan kedua-dua belah kaki:
dia merentangkan tangan dan ~ kaki, seakan-akan hendak melepaskan penat badannya;

2. meramalkan atau menganggarkan sesuatu situasi (hasil, keputusan dan sebagainya) yang akan datang berdasarkan data, fakta dan sebagainya yang sedia ada, memprojeksikan:
bank koperasi itu ~ keuntungan sebelum cukai sekurang-kurangnya RM 85 juta bagi tahun 2003 ini;
kami ~ 30 peratus pendapatan daripada pendapatan seluruh dunia menjelang tahun 2005;

terunjur terhulur kaki (sewaktu duduk), terlunjur kaki:
duduk dengan kaki ~;

pengunjuran
1. perihal mengeluarkan atau memancarkan gambar dan sebagainya pada sesuatu permukaan:
projektor menayangkan imej ke skrin secara ~;

2. peramalan (ramalan) tentang sesuatu perkembangan atau kemungkinan berdasarkan maklumat atau kajian tertentu:
pengurusan terutamanya melibatkan perancangan, menetapkan objektif, membuat ramalan dan ~, menganalisis masalah, dan membuat keputusan;

unjuran
1. bahagian sebelah kaki orang yang sedang berbaring, bahagian tempat kaki mengunjur (pada petiduran), tumpuan kaki:
anaknya yang tua sedang bermain-main kelereng di ~ ibunya;

2. anggaran atau jangkaan tentang sesuatu situasi, arah aliran dan sebagainya masa depan, terutamanya berdasarkan data, maklumat dan sebagainya yang berlaku sekarang, projeksi:
~ ini dibuat berdasarkan pertumbuhan penduduk sebanyak 2% setahun;
pakar dan penganalisis ekonomi menyifatkan ~ positif satu peratus KDNK bagi tahun ini adalah realistik dan boleh diterima baik oleh pasaran;

3. sesuatu yang mengunjur ke luar dari sesuatu permukaan:
di kepalanya terdapat ~ yang kelihatan seperti dua mata kapak;
dibiarkan ~ kayu atau buluh yang sama panjang di kedua-dua hujung rumah;

lunjur.

berkongsi