[Jawa]
1. sejenis ubat pencuci perut, ubat pencahar;
2. mencuci perut dengan minum ubat pencahar;
purus II.
Cari Maksud Perkataan Secara Online
[Jawa]
1. sejenis ubat pencuci perut, ubat pencahar;
2. mencuci perut dengan minum ubat pencahar;
purus II.
1. = pejabat ~ pejabat yang bertanggungjawab tentang kerja-kerja kesetiausahaan, perkeranian, dan pentadbiran sesebuah badan perundangan, majlis atau pertubuhan antarabangsa, sekretariat;
2. kakitangan pejabat urus setia, sekretariat;
3. bangunan atau bilik tempat pejabat urus setia ditempatkan, sekretariat;
berurus setia mempunyai urus setia (sekretariat);
keurusetiaan (segala hal) yang berkaitan dengan tugas, fungsi, aktiviti dan sebagainya urus setia:
untuk membincangkan dan menyelaraskan hal-hal yang berkaitan dengan ~ sidang MABBIM yang akan datang.
urusan perniagaan, kegiatan jual beli;
berurus niaga berurusan jual beli:
kecemerlangan ~;
peniaga Jerman dikehendaki mendapatkan lesen untuk ~ dengan firma asing;
mengurusniagakan menjalankan kegiatan jual beli (perniagaan dan sebagainya):
sejumlah 9000 unit saham Metrojaya diurusniagakan sebaik sahaja pasaran dibuka.
~ janji
hal yang berkaitan dengan urusan perniagaan;
salah ~ tidak dikelolakan (diselanggarakan) dengan baik atau teratur;
tidak ~ tidak terpelihara (teratur);
berurus
1. berhubungan untuk menyelesaikan sesuatu perkara dan lain-lain:
Pak Utih belum pernah sekali pun datang ~ ke pejabat Pak Busu yang baru itu;
2. dijaga (terpelihara) dengan baik, tersusun rapi:
tidak ~ kamar ini;
rambutnya tidak ~;
mengurus
1. menjaga supaya rapi, mengatur, mengemaskan, menyusun:
rambutnya jarang diurus baik-baik;
2. mengatur (menyelenggarakan) sesuatu supaya sempurna;
= menguruskan mengendalikan sesuatu supaya teratur (sempurna dan lain-lain):
dia sudah tua, tidak ada siapa yang ~ kebun getahnya;
penduduk kampung yang masih hiduplah yang ~ mayat itu;
3. menjaga baik-baik (supaya selamat, sempurna, dan lain-lain), memelihara, mengawasi (rumah, kebun, dan lain-lain):
anaknya yang tua telah pergi mengambil kain cucian, sedang isterinya ~ anaknya yang kecil di rumah;
anak perempuan juga perlu diberi pelajaran mengenai ilmu ~ rumah tangga;
4. = menguruskan menyelenggarakan supaya berjalan dan sebagainya dengan baik (perniagaan, perdagangan, dan lain-lain), memimpin dan mengatur (perjalanan sesuatu perbadanan dan lain-lain), mengelolakan, menjalankan:
suami tidak berhak ~ harta benda isterinya melainkan setelah mendapat izin daripadanya atau diwakilkan kepadanya;
permintaannya itu tidak diuruskan oleh ibu bapanya;
pegawai-pegawainya ramai untuk ~ hal-hal seperti itu;
5. menyiasat atau menyelidiki sesuatu perkara, mengendalikan sesuatu perkara (supaya sempurna), menyelesaikan (perselisihan dan lain-lain):
hal pembunuhan itu sedang diurus oleh polis;
terurus sudah diurus, terjaga (terpelihara) dengan baik:
mereka melihat rambut yang tidak ~;
kesibukan jalan raya hampir tidak ~ oleh polis trafik;
teruruskan dapat diuruskan:
kalau tidak ~, saya akan membincangkan hal itu melalui P[Indonesia-Belanda]G;
urusan
1. sesuatu yang diurus, pekerjaan dan sebagainya yang harus diuruskan:
Muluk tidak peduli, dia ada ~ penting di Pulau Pinang;
Islam membebaskan juga perempuan memegang sebarang jawatan dan mengurus sebarang ~ sekalipun di luar rumahnya;
2. hal (perkara, soal, dan lain-lain) yang perlu diberi perhatian atau diuruskan:
saya datang ke mari kerana ada ~ penting;
3. sesuatu yang ada kaitannya dengan (pekerjaan, tugas, dan lain-lain), segala yang bersangkut paut dengan (sesuatu):
guru besar hanya menjalankan ~-~ sekolah sahaja sedangkan kerja-kerja pejabat dibuat oleh seorang kerani;
4. pengelolaan, penyelenggaraan:
kerana ~nya tidak betul, syarikat itu telah jatuh bankrap;
~ peribadi hal-hal yang berkaitan dengan diri seseorang;
~ rumah tangga segala sesuatu yang mengenai rumah tangga;
~ umum urusan mengenai berbagai-bagai hal;
berurus;
berurusan
1. mengadakan hubungan (dengan), berhubungan (dengan):
negara itu tidak akan ~ lagi dengan badan-badan khusus Bangsa-Bangsa Bersatu seperti UNICEF, FAO, dan UNESCO;
ini orang Afrika Selatan yang pertama kali ~ dengan aku;
2. turut campur (dalam sesuatu hal), ikut serta (mencampuri):
aku tidak mahu ~ dengan hal keluarga engkau;
3. mempunyai urusan (dengan), ada kaitannya (dengan), ada sangkut-paut (dengan), bersangkut-paut (dengan):
mereka telah terbukti ~ dengan penyeludupan candu itu;
4. mempunyai sesuatu perkara dan lain-lain yang harus diselesaikan (dengan sesuatu pihak dan lain-lain):
dia segan ~ dengan polis mengenai perkara itu;
5. mengelolakan (memberi perhatian kepada) sesuatu, mempunyai kerja (tugas dan lain-lain):
mereka ~ dengan hal masing-masing;
keurus, keurusan [Jakarta];
tidak ~ tidak terpelihara (dijaga, diurus) dengan baik;
pengurusan perihal (kerja dan sebagainya) mengurus sesuatu, perihal mengurus (syarikat, badan perniagaan, dan lain-lain):
pentadbiran dan ~ surau atau masjid dikendalikan oleh jawatankuasa yang dipilih oleh penduduk mukim atau kampung;
kepengurusan (hal-hal) yang berkaitan dengan cara mengurus sesuatu, selok-belok kerja dan tanggungjawab pengurus:
kerajaan Jepun telah berjaya mewujudkan sistem ~nya sendiri seiring dengan kemajuan teknologi;
pengurus
1. (orang dan lain-lain) yang mengurus, (orang dan lain-lain) yang menjalankan pengurusan:
dia telah dilantik menjadi ahli jawatankuasa ~ perayaan hari kebangsaan;
2. orang yang mengendalikan perjalanan sehari-hari syarikat perniagaan dan sebagainya:
pentadbiran syarikat diserahkan kepada seorang ~ dan sebuah jawatankuasa;
~ agung = ~ besar pengurus yang tertinggi, pucuk pimpinan (syarikat dan lain-lain);
~ harian pengurus yang menjalankan tugas hari-hari;
~
lini pengurus yang bertanggungjawab merancang, mengurus, mengeluarkan dan memasarkan produk atau perkhidmatan sesebuah organisasi:
perancangan merupakan fungsi utama ~ lini;
~ syarikat orang yang menguruskan (mengendalikan) sesebuah syarikat.
urup-urup kedai ~ kedai tempat menukar wang;
mengurup
1. [sastera lama] menukar wang (wang besar dengan wang kecil dan lain-lain);
2. menukar barang dengan barang (dalam perdagangan dan lain-lain);
urup-urupan berniaga dengan menukar-nukar barang dagangan;
pengurup penukar wang.
tidak jadi (permainan dan lain-lain), batal:
maka ~lah maksud orang itu daripada memiliki tanah itu; tidak ~ tidak boleh tidak;
mengurungkan menjadikan tidak jadi, membatalkan (maksud, tujuan, dan lain-lain):
maksud hendak berjalan keluar diurungkan.
[Jakarta];
menguruk
1. menimbun atau menimbus (dengan tanah dan lain-lain):
burung itu mengangkut kayu dan batu dari Bukit Barat untuk ~ laut;
2. membumbun atau menambun (pangkal pokok).
(Perubatan) tindak balas alergi pada kulit yang ditandai dengan letusan bintat merah yang gatal.
cabang ilmu perubatan yang berkaitan dengan fisiologi, penyakit, dan rawatan saluran kencing.
[sastera lama] warna.