urus

~ janji

hal yang berkaitan dengan urusan perniagaan;
salah ~ tidak dikelolakan (diselanggarakan) dengan baik atau teratur;
tidak ~ tidak terpelihara (teratur);

berurus
1. berhubungan untuk menyelesaikan sesuatu perkara dan lain-lain:
Pak Utih belum pernah sekali pun datang ~ ke pejabat Pak Busu yang baru itu;

2. dijaga (terpelihara) dengan baik, tersusun rapi:
tidak ~ kamar ini;
rambutnya tidak ~;

mengurus
1. menjaga supaya rapi, mengatur, mengemaskan, menyusun:
rambutnya jarang diurus baik-baik;

2. mengatur (menyelenggarakan) sesuatu supaya sempurna;
= menguruskan mengendalikan sesuatu supaya teratur (sempurna dan lain-lain):
dia sudah tua, tidak ada siapa yang ~ kebun getahnya;
penduduk kampung yang masih hiduplah yang ~ mayat itu;

3. menjaga baik-baik (supaya selamat, sempurna, dan lain-lain), memelihara, mengawasi (rumah, kebun, dan lain-lain):
anaknya yang tua telah pergi mengambil kain cucian, sedang isterinya ~ anaknya yang kecil di rumah;
anak perempuan juga perlu diberi pelajaran mengenai ilmu ~ rumah tangga;

4. = menguruskan menyelenggarakan supaya berjalan dan sebagainya dengan baik (perniagaan, perdagangan, dan lain-lain), memimpin dan mengatur (perjalanan sesuatu perbadanan dan lain-lain), mengelolakan, menjalankan:
suami tidak berhak ~ harta benda isterinya melainkan setelah mendapat izin daripadanya atau diwakilkan kepadanya;
permintaannya itu tidak diuruskan oleh ibu bapanya;
pegawai-pegawainya ramai untuk ~ hal-hal seperti itu;

5. menyiasat atau menyelidiki sesuatu perkara, mengendalikan sesuatu perkara (supaya sempurna), menyelesaikan (perselisihan dan lain-lain):
hal pembunuhan itu sedang diurus oleh polis;

terurus sudah diurus, terjaga (terpelihara) dengan baik:
mereka melihat rambut yang tidak ~;
kesibukan jalan raya hampir tidak ~ oleh polis trafik;

teruruskan dapat diuruskan:
kalau tidak ~, saya akan membincangkan hal itu melalui P[Indonesia-Belanda]G;

urusan
1. sesuatu yang diurus, pekerjaan dan sebagainya yang harus diuruskan:
Muluk tidak peduli, dia ada ~ penting di Pulau Pinang;
Islam membebaskan juga perempuan memegang sebarang jawatan dan mengurus sebarang ~ sekalipun di luar rumahnya;

2. hal (perkara, soal, dan lain-lain) yang perlu diberi perhatian atau diuruskan:
saya datang ke mari kerana ada ~ penting;

3. sesuatu yang ada kaitannya dengan (pekerjaan, tugas, dan lain-lain), segala yang bersangkut paut dengan (sesuatu):
guru besar hanya menjalankan ~-~ sekolah sahaja sedangkan kerja-kerja pejabat dibuat oleh seorang kerani;

4. pengelolaan, penyelenggaraan:
kerana ~nya tidak betul, syarikat itu telah jatuh bankrap;
~ peribadi
hal-hal yang berkaitan dengan diri seseorang;
~ rumah tangga segala sesuatu yang mengenai rumah tangga;
~ umum urusan mengenai berbagai-bagai hal;

berurus;
berurusan

1. mengadakan hubungan (dengan), berhubungan (dengan):
negara itu tidak akan ~ lagi dengan badan-badan khusus Bangsa-Bangsa Bersatu seperti UNICEF, FAO, dan UNESCO;
ini orang Afrika Selatan yang pertama kali ~ dengan aku;

2. turut campur (dalam sesuatu hal), ikut serta (mencampuri):
aku tidak mahu ~ dengan hal keluarga engkau;

3. mempunyai urusan (dengan), ada kaitannya (dengan), ada sangkut-paut (dengan), bersangkut-paut (dengan):
mereka telah terbukti ~ dengan penyeludupan candu itu;

4. mempunyai sesuatu perkara dan lain-lain yang harus diselesaikan (dengan sesuatu pihak dan lain-lain):
dia segan ~ dengan polis mengenai perkara itu;

5. mengelolakan (memberi perhatian kepada) sesuatu, mempunyai kerja (tugas dan lain-lain):
mereka ~ dengan hal masing-masing;

keurus, keurusan [Jakarta];

tidak ~ tidak terpelihara (dijaga, diurus) dengan baik;

pengurusan perihal (kerja dan sebagainya) mengurus sesuatu, perihal mengurus (syarikat, badan perniagaan, dan lain-lain):
pentadbiran dan ~ surau atau masjid dikendalikan oleh jawatankuasa yang dipilih oleh penduduk mukim atau kampung;

kepengurusan (hal-hal) yang berkaitan dengan cara mengurus sesuatu, selok-belok kerja dan tanggungjawab pengurus:
kerajaan Jepun telah berjaya mewujudkan sistem ~nya sendiri seiring dengan kemajuan teknologi;

pengurus
1. (orang dan lain-lain) yang mengurus, (orang dan lain-lain) yang menjalankan pengurusan:
dia telah dilantik menjadi ahli jawatankuasa ~ perayaan hari kebangsaan;

2. orang yang mengendalikan perjalanan sehari-hari syarikat perniagaan dan sebagainya:
pentadbiran syarikat diserahkan kepada seorang ~ dan sebuah jawatankuasa;
~ agung
= ~ besar pengurus yang tertinggi, pucuk pimpinan (syarikat dan lain-lain);
~ harian pengurus yang menjalankan tugas hari-hari;
~
lini pengurus yang bertanggungjawab merancang, mengurus, mengeluarkan dan memasarkan produk atau perkhidmatan sesebuah organisasi:
perancangan merupakan fungsi utama ~ lini;
~ syarikat
orang yang menguruskan (mengendalikan) sesebuah syarikat.

berkongsi