[Arab] perwakilan.
Category Archives: Kamus Dewan Online
wakaf II
[Arab] tempat berhenti sebentar (membaca dan lain-lain), jeda.
wakaf I
[Arab]
1. sesuatu yang diberikan untuk kegunaan orang ramai (sebagai derma), sesuatu yang diberikan atau diuntukkan bagi keperluan dan sebagainya yang berkaitan dengan agama Islam;
sumur (telaga) ~ sumur (telaga) yang dibuat untuk orang ramai;
tanah ~ tanah yang diuntukkan bagi keperluan agama (untuk perkuburan, mendirikan masjid, dan lain-lain);
2. badan (institusi) yang dibentuk yang ada kaitan dengan agama Islam;
berwakaf memberikan sesuatu (tanah, harta, dan lain-lain) untuk keperluan (kegunaan) umum atau keagamaan;
mewakafkan memberikan (tanah, harta, dan lain-lain) untuk kegunaan orang ramai, memberikan sesuatu untuk hal atau keperluan yang berkaitan dengan agama:
pokok manggis itu diwakafkan kepada sesiapa yang tidak mempunyai pokok manggis dalam paraknya;
pewakaf orang yang mewakafkan sesuatu:
~ berkuasa menentukan orang yang bertanggungjawab sebagai pentadbir harta wakafnya.
wak III
[sastera lama];
Seri W~ Raja [sastera lama] gelaran untuk pembesar (kerajaan Melaka).
wak II
bunyi seperti bunyi itik dan lain-lain.
wak I
panggilan kepada bapa atau ibu saudara yang tua (atau orang yang boleh dianggap bapa);
wa II.
wajik
sejenis penganan yang dibuat daripada beras pulut (gula, santan), nasi manis, pulut kacau;
~ takik wajik yang dibuat keras (supaya tahan lama);
potong ~ potongan (kuih dan lain-lain) yang berbentuk empat persegi menyerong.
wajib
[Arab]
1. hukum suruhan (dalam Islam) yang apabila dilaksanakan mendapat pahala dan apabila ditinggalkan berdosa, misalnya sembahyang lima waktu dan menunaikan zakat:
ada lima rukun Islam yang ~ ditunaikan oleh tiap-tiap orang Islam;
2. tidak boleh tidak (diamalkan, dilakukan, dan sebagainya), mesti, perlu:
orang tua ~ memberikan asuhan yang cukup kepada anak mereka;
3. sudah seharusnya (sepantasnya, sepatutnya):
kita ~ mengucapkan syukur dan berterima kasih kepada orang yang telah menolong kita;
~ belajar kemestian menuntut ilmu (belajar);
~ pajak [Indonesia] orang yang wajib membayar cukai;
sewajibnya semestinya, sewajarnya, seharusnya:
~lah mereka bersatu padu dan bekerjasama untuk mencapai kemajuan;
berwajib bertanggungjawab mengelolakan atau mengurus sesuatu (berkenaan (dengan) orang, institusi, dan lain-lain yang):
bantahan itu sudah disampaikan kepada yang ~;
bidang ini juga melibatkan DBP, pihak-pihak yang ~, dan orang ramai dalam menentukan taraf bahasa Melayu di negara ini;
mewajibkan
1. menjadikan wajib (dilakukan, diamalkan, dan lain-lain), menjadikan kemestian, memestikan, mengharuskan:
Islamkah engkau kalau engkau tidak mengikut syarat dan undang yang diwajibkan ke atas seorang Islam?
2. menyerahkan tugas (kerja dan lain-lain) kepada, memestikan sesuatu kepada:
kerajaan ~ suntikan cacar;
kewajiban, kewajipan
1. sesuatu yang diwajibkan, kemestian, keharusan:
ia setia kepada suaminya, dan suaminya itu pun tidak melupakan ~nya;
2. tugas (tanggungjawab) yang harus dilakukan atas perintah:
kami datang ini kerana ~, bukan untuk mengugut;
berkewajiban, berkewajipan mempunyai kewajiban (tanggungjawab), bertanggungjawab:
suamilah yang ~ mencari sara hidup.
wajar
1. memang begitu (tidak dibuat-buat, ditambah-tambah, dan lain-lain);
nasi ~ nasi biasa (nasi putih, tidak bersantan, dan lain-lain);
2. sebagaimana yang sepatutnya (bersesuaian, kena pada tempatnya, dan sebagainya), dapat diterima atau dipertahankan sebagai munasabah, seharusnya, semestinya, sepatutnya:
kaum wanita harus mendapat tempat yang ~ dalam masyarakat;
tuntutan rakyat yang ~ untuk keperluan hidup;
sewajar;
~ dengan sama halnya dengan, selaras dengan, setimbal dengan, sesuai dengan;
sewajarnya
1. memang begitu halnya (keadaannya dan lain-lain), sebenarnya (demikian), sememangnya:
sebagai seorang yang dilahirkan di Negeri Sembilan, maka sudah ~ pula saya sentiasa bersimpati dengan perjalanan adat Perpatih di Negeri Sembilan;
2. memang begitu sifatnya (kudratnya, tabiatnya), sudah semestinya begitu:
pertengkaran antara puak pembangkang dengan puak kerajaan yang berlaku dalam parlimen itu sudah ~;
3. dengan begitu sahaja, tidak dibuat-buat (dipaksa-paksa), dengan sendirinya:
jangan dihalang fikiran kanak-kanak yang tumbuh dengan ~;
4. sesuai dengan yang seharusnya, sebagaimana mestinya, sebagaimana patut:
kandungan Quran itu harus difahami dengan ~;
mewajarkan menjadikan dapat diterima atau dianggap sebagai sepatutnya atau seharusnya demikian, menjadikan (memperlihatkan dan sebagainya) wajar:
filem ini tidak berusaha untuk ~ kekuasaan kolonial bangsa kulit putih;
saya tidak nampak sebarang alasan atau hujah yang kuat yang dapat ~ kita bertindak menghapuskan tulisan Jawi;
kewajaran perihal wajar:
perbincangan di atas telah menunjukkan ~ pendirian ini;
apakah ada ~ atau tidak untuk bertindak sedemikian?
wajan
[Jawa] kuali tempat menggoreng, bajan.