wajib

[Arab]

1. hukum suruhan (dalam Islam) yang apabila dilaksanakan mendapat pahala dan apabila ditinggalkan berdosa, misalnya sembahyang lima waktu dan menunaikan zakat:
ada lima rukun Islam yang ~ ditunaikan oleh tiap-tiap orang Islam;

2. tidak boleh tidak (diamalkan, dilakukan, dan sebagainya), mesti, perlu:
orang tua ~ memberikan asuhan yang cukup kepada anak mereka;

3. sudah seharusnya (sepantasnya, sepatutnya):
kita ~ mengucapkan syukur dan berterima kasih kepada orang yang telah menolong kita;
~ belajar
kemestian menuntut ilmu (belajar);
~ pajak [Indonesia] orang yang wajib membayar cukai;

sewajibnya semestinya, sewajarnya, seharusnya:
~lah mereka bersatu padu dan bekerjasama untuk mencapai kemajuan;

berwajib bertanggungjawab mengelolakan atau mengurus sesuatu (berkenaan (dengan) orang, institusi, dan lain-lain yang):
bantahan itu sudah disampaikan kepada yang ~;
bidang ini juga melibatkan DBP, pihak-pihak yang ~, dan orang ramai dalam menentukan taraf bahasa Melayu di negara ini;

mewajibkan
1. menjadikan wajib (dilakukan, diamalkan, dan lain-lain), menjadikan kemestian, memestikan, mengharuskan:
Islamkah engkau kalau engkau tidak mengikut syarat dan undang yang diwajibkan ke atas seorang Islam?

2. menyerahkan tugas (kerja dan lain-lain) kepada, memestikan sesuatu kepada:
kerajaan ~ suntikan cacar;

kewajiban, kewajipan
1. sesuatu yang diwajibkan, kemestian, keharusan:
ia setia kepada suaminya, dan suaminya itu pun tidak melupakan ~nya;

2. tugas (tanggungjawab) yang harus dilakukan atas perintah:
kami datang ini kerana ~, bukan untuk mengugut;

berkewajiban, berkewajipan mempunyai kewajiban (tanggungjawab), bertanggungjawab:
suamilah yang ~ mencari sara hidup.

berkongsi