wajah

1. air muka, muka paras, roman muka:
~ ibunya di rumah mula terbayang;
~nya sungguh-sungguh menyenangkan;

2. keadaan luaran (seperti pemandangan dan lain-lain), rupa atau keadaan (sesuatu) sebagaimana yang dapat dilihat:
~ kampung itu sudah berubah sekarang;
sekiranya itu dapat memberikan nafas serta ~ baru, ia pasti menggembirakan;

berwajah
1. mempunyai (menampakkan) wajah;
~ sedih (suka, lesu, dan sebagainya);

2. mempunyai atau menampakkan wajah (rupa atau keadaan sebagaimana yang dapat dilihat):
sesuai dengan struktur pembinaannya, dekor banglo ~ antik ini turut melahirkan imej sebagaimana yang dikehendaki oleh tuannya;
buku lama ~ baru;

berwajahkan menggunakan atau mempunyai sesuatu sebagai wajah:
masyarakat gempar apabila menjumpai ikan yang ~ manusia;

mewajahi memberikan keadaan atau rupa luaran kepada:
begitulah sastera hipermodenisme yang akan ~ sastera dunia.

waja

1. = besi ~ sejenis besi yang keras dan kuat, baja;
hati ~ ki hati yang keras:
semangat ~ ki semangat yang kuat;

2. (berkenaan (dengan) semangat, cita-cita, dan sebagainya) kuat:
Afifi berani dan punya cita-cita ~;

berwaja menjadi teguh:
keyakinan ~ di hatinya;

kewajaan sifat atau keadaan waja, kekuatan:
yang penting ialah ~ semangat kaum tani dalam menghasilkan tuaian mereka.

waisya

[sastera lama] kasta yang ketiga dalam agama Hindu (terdiri daripada golongan pedagang, petani, dan tukang).

waima, waimma

[Arab] sama ada, walaupun:
apa pun yang dibuat manusia, ~ dengan perang meledakkan dunia dan isinya, manusia tidak akan berjaya membunuh kebenaran dan keutamaan.