wahah

kawasan yang agak subur di padang pasir (berair dan ada tumbuh-tumbuhan).

wah

[kata seru] untuk menyatakan kehairanan (terkejut, kagum, dan lain-lain):
~, dahsyat sungguh!;
~, bukan main banyaknya wang masuk!

wafer

sejenis biskut yang nipis, agak manis dan rapuh, biasanya dimakan dengan aiskrim.

wafel

sejenis pankek yang tebal dan rangup, biasanya dimakan dengan madu dan sebagainya.

wafat

[Arab], [bahasa halus] meninggal dunia (digunakan untuk nabi dan rasul):
setelah Nabi ~, Abu Bakar dilantik menjadi Khalifah;

kewafatan kematian (nabi dan rasul):
selepas ~ Rasulullah, sayidina Abu Bakar telah dilantik menjadi khalifah pertama.

wafak

[Arab]

1. waktu yang pasti (berlakunya sesuatu);

2. setuju dengan, menurut.