= pisau ~ sejenis pisau kecil untuk mengukir (kayu dan lain-lain).
Category Archives: Kamus Dewan Online
wali II
[sastera lama] sejenis kain kuning yang disampaikan di bahu pegawai istana yang membawa alat kerajaan.
wali I
1. orang (bapa, datuk, abang, bapa saudara, sepupu laki-laki) yang boleh menikahkan pengantin perempuan:
Cik Rabiah masih mempunyai ~ ikrabnya yang kuat, iaitu bapanya sendiri;
2. orang yang diberi kuasa (dalam Islam) untuk mengurus anak yatim dan hartanya sehingga ia dewasa;
3. = ~ Allah = waliullah orang yang dipilih oleh Allah SWT untuk mendapat pertolongan-Nya dengan dirapatkannya pada kehadiran-Nya:
saya ini bukannya keramat atau ~ Allah;
4. orang yang memerintah sesebuah daerah (negeri dan lain-lain);
~ akrab, ~ ikrab
a) orang yang layak menjadi wali yang sangat rapat hubungannya dengan pengantin perempuan (iaitu ayah, abang yang sulung, atau ayah saudara;
b) ayah atau ibu kepada anak yatim yang layak mengurus harta si anak sehingga ia dewasa;
~ kota [Indonesia] datuk bandar;
~ negara [Indonesia] ketua negara bahagian (pada zaman penjajahan Belanda dan zaman Republik Indonesia Serikat);
~ negeri [Indonesia]
a) ketua negeri;
b) Gabenor Jeneral;
~ rumah mamak yang berkuasa dalam rumah adat, tungganai;
berwalikan mempunyai seseorang sebagai wali;
mewalikan bertindak sebagai wali, menjadi wali untuk;
memperwalikan menjadikan seseorang (sebagai) wali, menunjuk seseorang sebagai wali;
kewalian darjat sebagai seorang wali:
sesiapa yang menafikan ~nya dituduh jahil;
perwalian
1. perihal wali;
2. pengasuhan anak yatim serta penjagaan hartanya;
3. pengasuh negara yang belum boleh berkuasa sendiri.
wali hakim
orang yang bukan waris (mis raja, kadi, dan lain-lain) yang boleh menikahkan pengantin perempuan jikalau ketiadaan walinya (seperti bapanya, datuknya, abangnya, dan lain-lain);
berwalihakimkan menggunakan seseorang sebagai wali hakim:
pernikahannya ~ kadi daerah.
walhasil
1. dan hasilnya, kesudahannya, kesimpulannya:
maka panjanglah borak dan bual kedua-dua orang perempuan itu, ~ apabila perempuan berjumpa sama-sama perempuan macam-macamlah jadi;
2. sebenarnya, pada hakikatnya:
pada namanya saja mereka itu Islam, ~ pada amalannya mereka menyimpang daripada ajaran Islam.
walhal
1. padahal, sedangkan, dalam pada itu:
sehingga hari itu, zakat harta dikenakan pada petani sahaja ~ yang wajib mengeluarkannya bukanlah petani sahaja;
2. meskipun, sungguhpun:
belum puas lagi Ani melihat gambar yang tertera di muka itu, ~ sudah sekian kali dia melihatnya.
walet
[Jawa] sejenis burung layang-layang.
waleh
[Jawa] tidak berselindung lagi, berterus terang, mengaku.
waledan
[Jawa] gaji (kenaikan atau tambahan gaji) yang belum dibayar.
walaru
sejenis kanggaru besar yang terdapat di kawasan berbatu-batan di Australia, Marcopus robustus.
walau
1. dan sekiranya, dan jika:
~ ke laut sekalipun, adinda akan ikut juga;
2. = walaupun biar(pun), kendati(pun), meski(pun):
~ sudah lewat tengah malam, ia akan pergi juga memanggil doktor;
lau I.