[Jawa] banci, pondan.
Category Archives: Kamus Dewan Online
wanara
(Sanskrit) [sastera lama] kera.
wan II
1. gelaran untuk suatu bangsawan Melayu:
W~ Andak;
W~ Empuk;
W~ Malini;
2. [Perak] panggilan untuk ibu saudara;
3. [Pahang], [Negeri Sembilan] panggilan untuk nenek perempuan;
4. [Kedah] panggilan untuk datuk lelaki.
wan I
akhiran asing
1. orang yang ahli (atau pelaku) dalam sesuatu bidang pekerjaan atau tugas, misalnya angkasawan, sejarawan dan pustakawan;
2. orang yang memiliki sesuatu sifat atau kepunyaan, misalnya hartawan, ilmuwan, jutawan dan dermawan.
wam
~ panas ruam atau guam (yang timbul kerana panas).
waluku
[Jakarta] bajak, luku, tenggala.
waltz
1. sejenis tarian Barat yang dua orang penarinya menari (biasanya sambil berpimpin tangan) dengan langkah tertentu mengikut rentak muziknya;
2. muzik untuk tarian ini.
walrus
sejenis mamalia laut (seperti anjing laut), biasanya di laut utara, yang diburu untuk mendapatkan kulitnya.
walnat
1. sejenis pokok daripada genus Juglans yang mempunyai daun yang wangi, biasanya ditanam untuk menghasilkan kacang yang boleh dimakan dan kayu yang boleh dibuat perabot dan sebagainya:
kayu ~;
2. kacang berwarna perang dan berkedut-kedut, yang boleh dimakan begitu sahaja, dijeruk atau dibakar untuk dicampurkan ke dalam aiskrim, biskut, kek dan beraneka jenis pencuci mulut.
walmana
= walimana.