aposisi

(Linguistik) kata atau frasa yang menjelaskan kata atau frasa yang mendahuluinya, misalnya Fadzli dalam frasa kawannya, Fadzli,atau Bapa Kemerdekaan dalam frasa Tunku Abd Rahman, Bapa Kemerdekaan, .

apopleksi

(Perubatan) penyakit yang menyebabkan seseorang jatuh pengsan kerana kerosakan pada salah satu pembuluh darahnya di bahagian otak.

apologis

orang yang mempertahankan sesuatu (pendapat, kepercayaan, tindakan dan sebagainya) dengan hujah.

apologia

hujah seseorang untuk membela atau mempertahankan pendapat atau tindakannya tentang sesuatu perkara.

apologetik

bersifat menyesali sesuatu perbuatan yang telah terlanjur:
nada suaranya yang ~ itu mungkin menunjukkan dia telah menyedari kesilapannya itu.

apokope

(Linguistik) pengguguran bunyi atau huruf, sama ada satu atau lebih di hujung kata. apolog cerita dongeng yang mengandungi unsur pengajaran, yang wataknya terdiri daripada haiwan atau objek yang beraksi sebagai manusia.

apoi

sejenis tumbuhan (pokok), bedanan jantan, jolok hantu, mempenai bukit, Arthrophyllum ovalifolium.

apogi

titik dalam orbit bulan atau satelit, ketika bulan atau satelit berada paling jauh dari bumi.

apodia

(Perubatan) kecacatan sejak lahir yang dicirikan dengan ketiadaan kaki (sebelah atau kedua-duanya sekali).