[sastera lama] papan tebal yang digunakan seperti perisai pada meriam (dalam kapal).
Category Archives: Kamus Dewan Online
apikultur
pemeliharaan dan pembiakkan lebah.
apik
rapi dan bersih serta sangat baik:
pekerjaannya ~ sekali.
apiari
tempat memelihara dan membiakkan lebah.
api-api II
sejenis tumbuhan (pokok) dalam famili Verbenaceae yang banyak terdapat di hutan paya bakau, Avicennia spp.;
~ bulu, Avicennia lanata;
~ ludat, Avicennia officianlis;
~ jambu, Avicennia marina;
~ putih, Avicennia alba.
api-api I
sejenis serangga, kunang-kunang.
api
1. nyalaan daripada sesuatu yang dibakar atau yang terbakar:
~ kebakaran itu kelihatan menjulang-julang;
2. kepanasan (haba) yang digunakan untuk memasak terutama daripada penunu dapur yang dinyalakan:
letakkan kuali di atas ~;
3. kebakaran (biasanya diucapkan dalam keadaan cemas):
~! ~! Hamid berteriak!
4. [bahasa percakapan] elektrik:
bil ~;
5. [bahasa percakapan] mancis api atau pemetik api (untuk menyalakan rokok, cerut, paip, dan sebagainya);
6. [kiasan] sesuatu perasaan (seperti marah, suka, rindu, cinta, dan sebagainya), semangat atau harapan yang meluap-luap di dalam hati (fikiran):
~ percintaan sedang membakar seluruh jantung hatinya;
meniupkan ~ perjuangan;
~ perkauman;
~ lancip [Indonesia] api yang lebih panas daripada api biasa;
~ luka [Indonesia] demam kerana luka;
~ neraka api seksaan dalam neraka;
~ itu pada tatkala kecil jadi kawan apabila besar jadi lawan (peribahasa) kejahatan yang kecil itu hendaklah lekas diperbaiki sebelum berbahaya;
~ kecil baik padam (peribahasa) kejahatan itu harus diperangi semasa kecil;
~ padam puntung berasap (peribahasa) perkara yang telah selesai tetapi timbul kembali;
~ padam puntung hanyut (peribahasa) [Minangkabau] perkara yang sudah putus tidak ada sambungannya lagi;
bagai ~ dengan asap (peribahasa) tidak dapat dipisahkan;
bagai rabuk dengan ~, asal berdekat menyalalah ia (peribahasa) dikatakan kepada dua orang yang sentiasa berbantahan;
bermain ~ latur (letup) (peribahasa) barang siapa yang melakukan kejahatan, akan kena akibatnya kelak;
bersuluh menjemput (minta) ~ (peribahasa) bertanyakan sesuatu yang diketahui;
di mana ~ berpupuk, di situlah asap keluar (peribahasa) setiap kejadian itu tentu meninggalkan bekasnya;
di mana ~ padam, di situlah puntung tercampak, di mana periuk pecah, di situlah tembikar tinggal (peribahasa) di mana kita mati, di situlah dikuburkan;
kalau tak ada ~, masakan ada asap (peribahasa) tentu ada sebabnya terjadi sesuatu hal;
meletakkan ~ di bumbungan (peribahasa) sengaja mencari bahaya;
seperti ~ makan lalang kering, tiada dapat dipadamkan lagi (peribahasa) suatu marabahaya yang berlaku pada orang yang lemah, tidak berdaya menolaknya;
seperti ~ makan (dalam) sekam (peribahasa) sesuatu yang berlaku dengan diam-diam;
seperti meniup ~ di atas air (peribahasa) melakukan pekerjaan yang hampir tidak memberi harapan akan berhasil;
seperti rabuk dengan ~ (peribahasa) dua orang yang bertujuan sama dalam suatu perkara hanya menanti peluang yang baik saja lagi untuk dikerjakan;
sudah ke tengah makan ~ (peribahasa) [Minangkabau] suatu perselisihan yang susah didamaikan;
api-api
1. = anak ~ = batang ~ mancis;
2. tali api;
berapi
1. mengandungi api, mengeluarkan api:
puntung rokoknya masih ~;
gunung ~;
2. [kiasan] menjadi semakin meluap-luap (berkenaan (dengan) kemarahan, semangat, dan sebagainya):
kemarahannya tambah ~;
bergantung tiada bertali, bersalai tiada ~ (peribahasa) perempuan yang ditinggalkan oleh suami, belanja tiada diberikan tetapi tidak pula diceraikan;
berapi-api
1. merah menyala (mata) kerana terlalu marah, berpendar-pendar, berkunang-kunang:
matanya ~, hilang pertimbangan dari hatinya;
2. (dengan) berkobar-kobar, (dengan) bersemangat:
saya juga berucap ~ menaikkan semangat perjuangan tuan-tuan;
3. marah sekali:
cikgu ~ di sekolah tadi;
mengapi menjadi seperti api atau menyerupai api;
mengapikan, mengapi-apikan menghasut (hasut):
mereka ~ Hindun supaya melawan ibunya;
memperapikan memanggang;
perapian tempat menyalakan api untuk memanaskan ruang, bilik dan sebagainya, pendiangan;
pengapi orang yang mengapi-apikan orang atau pihak lain, penghasut.
apes
apas II.
apertur
bukaan yang mengawal banyaknya cahaya yang masuk ke dalam kamera.
aperitif
minuman beralkohol, terutamanya wain, yang diminum sebelum makan untuk membuka selera.