api

1. nyalaan daripada sesuatu yang dibakar atau yang terbakar:
~ kebakaran itu kelihatan menjulang-julang;

2. kepanasan (haba) yang digunakan untuk memasak terutama daripada penunu dapur yang dinyalakan:
letakkan kuali di atas ~;

3. kebakaran (biasanya diucapkan dalam keadaan cemas):
~! ~! Hamid berteriak!

4. [bahasa percakapan] elektrik:
bil ~;

5. [bahasa percakapan] mancis api atau pemetik api (untuk menyalakan rokok, cerut, paip, dan sebagainya);

6. [kiasan] sesuatu perasaan (seperti marah, suka, rindu, cinta, dan sebagainya), semangat atau harapan yang meluap-luap di dalam hati (fikiran):
~ percintaan sedang membakar seluruh jantung hatinya;
meniupkan ~ perjuangan;
~ perkauman;
~ lancip [Indonesia] api yang lebih panas daripada api biasa;
~ luka [Indonesia] demam kerana luka;
~ neraka api seksaan dalam neraka;
~ itu pada tatkala kecil jadi kawan apabila besar jadi lawan (peribahasa) kejahatan yang kecil itu hendaklah lekas diperbaiki sebelum berbahaya;
~ kecil baik padam (peribahasa) kejahatan itu harus diperangi semasa kecil;
~ padam puntung berasap (peribahasa) perkara yang telah selesai tetapi timbul kembali;
~ padam puntung hanyut (peribahasa) [Minangkabau] perkara yang sudah putus tidak ada sambungannya lagi;
bagai ~ dengan asap (peribahasa) tidak dapat dipisahkan;
bagai rabuk dengan ~, asal berdekat menyalalah ia (peribahasa) dikatakan kepada dua orang yang sentiasa berbantahan;
bermain ~ latur (letup) (peribahasa) barang siapa yang melakukan kejahatan, akan kena akibatnya kelak;
bersuluh menjemput (minta) ~ (peribahasa) bertanyakan sesuatu yang diketahui;
di mana ~ berpupuk, di situlah asap keluar (peribahasa) setiap kejadian itu tentu meninggalkan bekasnya;
di mana ~ padam, di situlah puntung tercampak, di mana periuk pecah, di situlah tembikar tinggal (peribahasa) di mana kita mati, di situlah dikuburkan;
kalau tak ada ~, masakan ada asap (peribahasa) tentu ada sebabnya terjadi sesuatu hal;
meletakkan ~ di bumbungan (peribahasa) sengaja mencari bahaya;
seperti ~ makan lalang kering, tiada dapat dipadamkan lagi (peribahasa) suatu marabahaya yang berlaku pada orang yang lemah, tidak berdaya menolaknya;
seperti ~ makan (dalam) sekam (peribahasa) sesuatu yang berlaku dengan diam-diam;
seperti meniup ~ di atas air (peribahasa) melakukan pekerjaan yang hampir tidak memberi harapan akan berhasil;
seperti rabuk dengan ~ (peribahasa) dua orang yang bertujuan sama dalam suatu perkara hanya menanti peluang yang baik saja lagi untuk dikerjakan;
sudah ke tengah makan ~ (peribahasa) [Minangkabau] suatu perselisihan yang susah didamaikan;

api-api
1. = anak ~ = batang ~ mancis;

2. tali api;

berapi
1. mengandungi api, mengeluarkan api:
puntung rokoknya masih ~;
gunung ~;

2. [kiasan] menjadi semakin meluap-luap (berkenaan (dengan) kemarahan, semangat, dan sebagainya):
kemarahannya tambah ~;
bergantung tiada bertali, bersalai tiada ~
(peribahasa) perempuan yang ditinggalkan oleh suami, belanja tiada diberikan tetapi tidak pula diceraikan;

berapi-api
1. merah menyala (mata) kerana terlalu marah, berpendar-pendar, berkunang-kunang:
matanya ~, hilang pertimbangan dari hatinya;

2. (dengan) berkobar-kobar, (dengan) bersemangat:
saya juga berucap ~ menaikkan semangat perjuangan tuan-tuan;

3. marah sekali:
cikgu ~ di sekolah tadi;

mengapi menjadi seperti api atau menyerupai api;

mengapikan, mengapi-apikan menghasut (hasut):
mereka ~ Hindun supaya melawan ibunya;

memperapikan memanggang;

perapian tempat menyalakan api untuk memanaskan ruang, bilik dan sebagainya, pendiangan;

pengapi orang yang mengapi-apikan orang atau pihak lain, penghasut.

berkongsi