Arab

1. bangsa yang berasal dari semenanjung besar barat daya Asia;

2. bahasa yang dituturkan oleh bangsa ini, yang merupakan bahasa al-Quran;

mengarabkan menjadikan atau menyebabkan seseorang atau sesuatu mengikut atau bertukar kepada ciri (nilai, pengaruh dan sebagainya) Arab:
kita tidak bermaksud hendak ~ bahasa Melayu;

kearaban (yang) memperlihatkan ciri (pengaruh dan lain-lain) Arab:
syair dagang, syair Burung Pingai, dan lain-lain mempunyai isi yang ~.

ara

1. sejenis tumbuhan (yang termasuk jenis fikus):
~ akar, ~ batu,~ buluh, dan lain-lain;

2. sejenis tumbuhan (bukan jenis fikus);
~ batu dandi, rumput tahi ayam, selasih, tahi anjing, tambak-tambak jantan, Ageratum conyzoides;
~ bukit
pokok perut budak, lindung matahari, perah ikan, Pimeleodendron griffithianum;
~ lumut
akar kami;
gurah peria(t), tukul takal, Croton caudatum;
~ songsang
nyarang songsang, Achyranthus aspera;
bagai menanti ~ hanyut
(peribahasa) menanti sesuatu yang mungkin datang tetapi lambat, ataupun yang tidak datang-datang;
menanti ~ tidak bergetah (peribahasa) mengharapkan sesuatu yang tidak mungkin dapat;
pinjam (hutang) kayu ~ (peribahasa) jikalau meminjamkan wang kepada orang besar jangan diharap akan kembali;
tinggi kayu ~ dilangkahi, rendah bilang-bilang diselodoki (peribahasa) melakukan sesuatu hendaklah menurut patutnya, walaupun kadang-kadang ganjil pada perasaan.

apungan

1. sesuatu yang berapung atau terapung-apung:
yang ada hanya ~ ais yang sentiasa bergerak mengikut tiupan angin, arus dan pasang surut lautan;

2. (Ekonomi) situasi yang membolehkan penyelarasan mata wang berlaku secara bebas mengikut kadar pertukaran wang tanpa campur tangan daripada kerajaan:
kecairan syarikat akan meningkatkan kemampuan untuk ~ lebih bebas;

keapungan keadaan tidak tenggelam di air, atau keadaan terkatung-katung;

pengapungan proses (perbuatan, usaha dan sebagainya) mengapung atau mengapungkan:
~ bangkai kapal yang tenggelam itu tentunya memerlukan perbelanjaan yang besar.

apung

1. terkatung, tidak tenggelam di air;
batu ~ batu yang tidak tenggelam (sangat ringan);

2. = apung-apung segala yang terkatung-katung di air (mis kayu, pelampung, dan lain-lain);
~ buih timbul tenggelam;
laksana ~ dipermainkan ombak (peribahasa) peri kesusahan anak dagang yang miskin di rantau orang;

berapung, berapung-apung
1. bermain-main di atas air (dengan perahu dan lain-lain);

2. = terapung-apung;

berapungan terkatung-katung dengan banyak, berserak di atas permukaan air:
nampak banyak kayu ~;

mengapung
1. timbul ke permukaan air, terkatung-katung di air (tidak tenggelam):
sesudah beberapa hari hilang, mayat orang yang tenggelam itu ~ pula;

2. melayang ke atas, terbang ke udara:
ketika dilepaskan, belon-belon itu ~ ke udara;

mengapungkan membuat supaya mengapung di permukaan air atau udara:
anak itu ~ mainannya di atas air;

terapung tidak tenggelam;

terapung-apung terkatung-katung:
darah yang ~ di atas air;
~ tak hanyut, terendam tak basah
(peribahasa) tidak ada keputusannya (mengenai sesuatu perkara);
~ sama hanyut, terendam sama basah (peribahasa) kesenangan atau kesusahan bersama-sama ditanggung;
asal (untung) sabut ~, asal (untung) batu tenggelam (peribahasa) kalau nasib baik selamat, kalau nasib malang celaka;