kerawang di pangkal mata keris.
Category Archives: Kamus Dewan Online
arik III
mengarik mengerik.
arik II
[Arab] tidak boleh tidur, jaga.
arik I
mengarik [sastera lama] meraih, merengkuh:
~ pengayuh.
arih
mengarih, mengarihkan
1. menghulurkan (tangan dan lain-lain) hendak memeluk dan lain-lain:
ia ~ tangannya ke muka;
2. [Minangkabau] menambatkan, mengikat:
~ kerbau.
arifin
[Arab] (jamak bagi arif) orang yang mendapat makrifat daripada Allah.
arif
1. yang mengetahui (biasanya dirujuk kepada seseorang yang memahami sesuatu dengan mendalam atau luas pengetahuannya):
saya mengangguk lagak doktor yang sudah ~ akan penyakit yang dihidapi kanak-kanak itu;
ia ~ akan hal-hal tersebut;
~ bijaksana arif lagi pandai;
2. bijaksana, berasaskan pemikiran yang mendalam:
hal inilah yang wajar diselidiki, wajar diberi penelitian secara ~;
3. [Arab] orang yang mendapat makrifat daripada Allah.
mengarifi arif akan, memahami:
sebagai seniman, dia sewajarnya ~ apa yang berlaku di sekitarnya;
mengarifkan menjadikan arif;
kearifan perihal arif:
mereka meminta nasihatnya kerana ~nya.
ari-ari
bahagian bawah perut yang di bawah sekali (ke atas sedikit daripada kemaluan).
aria
[Jawa]
1. gelaran putera raja;
2. [sastera lama] kata bujukan:
~ ningsun.
Aries lambang pertama dalam zodiak, yang berlambangkan biri-biri jantan.
ari III
[Jawa], [sastera lama] adik, adinda.