arked

laluan atau lorong berbumbung atau bertutup dengan kedai-kedai kecil di kiri kanannya.

arkaik

1. kuno, sudah ketinggalan zaman;

2. sudah tidak lazim dipakai lagi (berkenaan (dengan) kata, ungkapan, dan sebagainya):
al-Kindi menggunakan istilah yang tidak begitu dikenal atau bersifat ~.

arka

~ elektrik cahaya yang berkilau yang terhasil di udara akibat ternyahnya cas elektrik di antara dua elektrod atau litar elektrik bertekanan tinggi yang terputus.

arjuna

[sastera lama]

1. dewa-dewa Hindu yang termasyhur kerana kepahlawanan mereka;

2. [kiasan] lelaki yang dikasihi (sama ada kekasih, suami, dan sebagainya):
aduhai, ~ kekasihku!

aritmetik

sains tentang nombor yang melibatkan proses tambah, tolak, bahagi, dan darab, kira-kira:
mencampur, menolak, mendarab, dan membahagi angka termasuk dalam bidang ~.