[bahasa percakapan] (berkenaan (dengan) minuman) dibubuhi air batu (ais):
teh O ~;
kopi O ~.
Category Archives: Kamus Dewan Online
benet
bayonet;
berbenet mempunyai atau membawa benet:
dia ditahan oleh seorang polis hutan yang dilengkapi dengan senapang ~.
benefisiari
(Undang-undang) orang yang berhak mewarisi harta, wang, dan lain-lain si mati menurut wasiatnya.
bendung
= bendungan permatang untuk menahan air (supaya dapat disalurkan ke arah lain), empang;
membendung
1. menghalang arus air, mengempang:
sungai itu dibendung supaya dapat menghasilkan tenaga elektrik;
2. [kiasan] menghalangi, menahan, merintangi:
Amerika Syarikat membantu Vietnam Selatan kerana hendak ~ kegiatan komunis;
undang-undang sekarang belum lagi berjaya ~ perbuatan jenayah;
terbendung terempang, terhalang, tertahan;
pembendungan perihal (usaha dan sebagainya) membendung, pengempangan;
pembendung
1. orang yang membendung;
2. alat untuk membendung, pengempang.
bendul
1. balak yang dipasang (memanjang) pada tiang rumah;
lurus macam ~ ki sangat jujur;
2. = ~ pintu balak yang melintang di bawah pintu:
ia melangkah ~ masuk ke dalam bilik tidur;
~ jendela rangka jendela;
3. = balai ~ sejenis balai tempat raja bermesyuarat:
adapun sekarang Raja Muda ini hendak duduk di ~ kita, sementara mamak Bendahara dan Temenggung memperbuat istana;
Pak Si B~ Pak Pandir.
bendoro
[Jawa] gelaran bangsawan, tuan besar.
bendok
(Sunda) tengkolok yang sudah siap diikat.
bendo
[Jawa] sejenis parang.
bendir
sejenis canang, gong kecil.
bendi II
sejenis kereta kuda yang beroda dua:
~ telah menanti di halaman, aku berangkat lagi;
berbendi, membendi [arkaik] naik bendi.