membesut membersihkan logam daripada kotoran.
Category Archives: Kamus Dewan Online
besusu
sejenis tumbuhan (pokok memanjat, umbinya boleh dimakan), Pachyrrhizus erosus.
bestir
[Indonesia-Belanda], [bahasa percakapan] pimpinan (kesatuan dan lain-lain).
besteler
[Indonesia-Belanda] orang yang menghantar surat, posmen.
bestel
[Indonesia-Belanda]
1. = membestel memesan (barang dan lain-lain untuk dibeli);
2. pengiriman barang-barang (di stesen);
bestelan pesanan, barang kiriman.
bestari
1. cerdas, pandai, berpendidikan, berpengetahuan, berbudi pekerti yang baik;
muda ~ muda dan baik budi pekertinya (berpengetahuan dan lain-lain);
2. beroperasi dengan berbantukan komputer, teknologi maklumat dan sebagainya (berkenaan (dengan) sistem, sekolah dan sebagainya):
sekolah ~;
membestarikan menyebabkan atau menjadikan bestari:
pelbagai langkah sudah diambil untuk mencapai sasaran itu termasuk ~ sistem yang berkaitan dengan pengurusan;
kebestarian perihal memiliki ciri-ciri bestari (seperti berpendidikan tinggi, baik budi pekerti, dan luas pengetahuan):
~ sesuatu bangsa yang tidak pernah dikalahkan oleh bangsa lain;
pembestarian perihal (proses, perbuatan dan sebagainya) membestarikan:
~ konsep persekolahan itu amat penting kerana perkembangan pesat dalam sains dan teknologi.
besot
[Jakarta] terkelupas kulit, beset.
besok
[bahasa percakapan]
1. esok hari, hari selepas hari ini:
lebih baik ~, pukul 10.00 saya jemput dia;
~ pagi esok pagi-pagi hari;
~ petang esok petang-petang hari;
2. = ~ lusa pada masa yang akan datang, kelak:
apabila sudah ada wang ~, bolehlah dibayar sewanya.
beslit, besluit
[Indonesia-Belanda] surat tauliah, sebagaimana surat keputusan (pengangkatan dan lain-lain).
beslah
[Indonesia-Belanda];
membeslah
1. merampas, menyita:
segala harta benda kaum pemberontak telah dibeslah;
2. [kiasan] memperoleh (mengambil, membeli, dan lain-lain);
pembeslahan perihal atau perbuatan membeslah.