besen

sejenis mangkuk besar (daripada logam dan lain-lain) tempat membasuh pinggan mangkuk dan lain-lain.

besbol

sejenis permainandi atas padang yang mempunyai empat tapak yang diatur dalam bentuk daiman, yang dimainkan dengan bet dan bola di antara dua pasukan yang terdiri daripada sembilan pemain setiap satunya.

besaran

[Jawa] sejenis tumbuhan (pokok yang daunnya dibuat ubat atau untuk makanan ulat sutera), Morus alba;

= bebesaran.

besar

1. tidak kecil (ukurannya):
bangunan parlimen ~ dan tinggi;
kereta ~;
bertubuh ~;

2. penting, berpengaruh, berkuasa (berjawatan dan sebagainya) tertinggi:
di depan sekali tempat orang-orang ~;
guru ~
guru yang tertinggi (ketua guru di sesebuah sekolah);
kerani ~ kerani yang tertinggi (ketua kerani);
markas ~ markas tertinggi;

3. dewasa:
anak-anaknya sudah ~;

4. ukuran (lebarnya, panjangnya, tingginya, luasnya, dan lain-lain):
~ badannya dua kali badan saya;

5. banyak:
projek ini menelan belanja yang ~;
bergaji ~;

6. kuat serta luas kawasan pemerintahan atau jajahannya dan dihormati oleh negeri-negeri lain:
raja yang ~ lagi adil;

7. mempunyai kegiatan perniagaan yang meluas dan hasil pengeluarannya tinggi (berkenaan (dengan) syarikat, perusahaan, dan sebagainya):
sebuah syarikat yang ~ di Malaysia;
perusahaan yang ~;

8. menelan belanja yang banyak dan ramai bilangan jemputannya (berkenaan (dengan) kenduri, majlis, sambutan, dan sebagainya):
kenduri ~;

9. amat penting (berkenaan (dengan) hajat, niat, tugas):
mereka datang membawa hajat yang ~;
10. sukar diatasi:
masalah ~ yang memeningkan kepala;
~ akal
[sastera lama] banyak akal, pandai;
~ cakap banyak berbicara, sombong, angkuh;
~ empat di balai keempat-empat pembesar di Perak dan Minangkabau;
~ hati
a) bangga, gembira;
b) bongkak, sombong;
~ kepala
a) keras kepala, bengal;
b) bongkak, sombong;
~ mulut banyak cakap, sombong;
~ panjang dewasa;
~ perut
a) gelojoh, pelahap;
b) hamil;
~ kayu ~ bahannya = ~ periuk ~ keraknya (peribahasa) banyak penghasilan banyak pula belanjanya;
~ pasak daripada tiang (peribahasa) lebih besar belanja daripada pendapatan;

berbesar;
~ hati berasa besar hati, berasa bangga (gembira);

berbesar-besar menjadi-jadi, makin bertambah;

membesar
1. nampak besar:
tiba-tiba saya terhenti, di dalam gelap itu suatu lembaga ~ di depan saya;

2. menjadi besar:
tiap-tiap sel itu mengalami semua proses hidup seperti makan, bernafas, dan ~;

3. berlagak seperti orang besar, meyombong, bongkak;

membesarkan
1. menjadikan besar, menyebabkan menjadi besar:
lubang ini dapat dibesarkan dan dikecilkan;

2. memelihara (mengasuh) hingga menjadi besar (anak dan lain-lain):
ayahku dibesarkan di Melaka;

3. menganggap tinggi (penting dan lain-lain);

4. meluaskan:
~ tanah jajahan;
~ jurang perbezaan antara miskin dan kaya;

5. menambah bilangan ahli (anggota dalam sesuatu pertubuhan, badan, pasukan, dan sebagainya):
~ pasukan tentera;

6. memandang tinggi (mulia) terhadap seseorang, memuliakan:
~ Nabi Muhammad SAW;
~ api
menambah besar nyala api;
~ diri bercakap membangga-banggakan diri, meninggi diri;
~ hati menggalakkan hati, menggembirakan hati, membanggakan;
~ lampu menambah besar nyala lampu;
~ mata membelalakkan mata, membuka mata besar-besar;
~ modal menambah modal;
~ semangat memberanikan;

membesar-besarkan menambah atau melebih-lebihkan sesuatu (seperti kejayaan, kesusahan, cerita, dan sebagainya) daripada keadaan yang sebenarnya:
ia ~ kekayaannya;
~ kesalahan orang;
~ perkara yang kecil;

memperbesar menjadikan lebih besar, membesarkan lagi:
rumah itu sudah besar, janganlah diperbesar lagi;

terbesar
1. yang sangat (amat) besar, yang besar sekali;

2. tanpa disedari atau tidak sengaja dibuat lebih besar daripada yang dikehendaki atau yang sepatutnya:
dia memotong baju itu ~ sedikit;

besar-besaran = secara ~
1. dengan cara (upacara dan sebagainya) yang besar (berkenaan (dengan) sambutan, majlis perkahwinan, dan sebagainya):
perkahwinan diraja itu disambut secara ~;

2. dalam bilangan yang banyak:
kemasukan orang asing secara ~;
menternak ayam secara ~;

3. banyak dan luas pasarannya:
berniaga secara ~;

4. meluas dan bersungguh-sungguh (berkenaan (dengan) kempen, gerakan, dan sebagainya):
kempen antidenggi dijalankan secara ~;

berbesaran, berbesar-besaran secara besar-besaran;

kebesaran
1. perihal (sifat dan lain-lain) besar, kemuliaan, kehormatan:
surat itu dijemput Raja Pasai dengan sempurna ~ dan sempurna kemuliaan;
pakaian ~
pakaian yang dipakai ketika istiadat besar-besar;
payung ~ payung istiadat raja-raja;

2. [Jakarta] terlalu besar;

pembesaran
1. perbuatan membesarkan (sesuatu):
~ tempat letak kereta;

2. perbuatan membesarkan (bilangan):
~ pasukan Bulan Sabit Merah;

3. perihal (proses) menjadi besar, proses membesar:
~ bahagian akar pokok;

pembesar
1. orang yang berpangkat tinggi:
baginda bertitah di hadapan ~ dan rakyat sekalian;

2. [Indonesia] ketua daerah (pejabat dan lain-lain);

3. alat untuk membesarkan sesuatu;
~ suara alat penguat suara.

besan

1. hubungan yang terjalin antara ibu bapa mentua denganibu bapa sendiri;

2. ibu bapa kepada menantu;
~ sebantal besan antara dua suami isteri yang mengahwinkan anak masing-masing (anak si suami dengan anak tirinya);
ipar ~ suami atau isteri ipar;

berbesan menjadi besan, berhubungan sebagai besan:
dia tidak sudi ~ dengan saya yang miskin ini; belum beranak sudah ~ (peribahasa) membahagi-bahagi keuntungan yang belum lagi di tangan;

berbesankan menjadikan seseorang sebagai besan:
saya tidak mahu ~ kamu berdua.

bes II

1. (suara danalat muzik)nada muzik rendah;

2. penyanyi atau alat muzik yang bernada rendah.