sejenis tumbuhan (pokok), peruan hitam, Antidesma alatum; ~ air sejenis tumbuhan (pokok), bagas merah, medang kemantan, Osmelia maingayi.
Category Archives: Kamus Dewan Online
berumbung
sejenis tabung.
berumbun
[Minangkabau];
terberumbun dalam keadaan tinggi dan besar, tersergam:
di sana sini ~ bukit dan gunung yang hijau biru warnanya.
beruk
sejenis kera besar (dapat diajar memanjat kelapa dan memetik buahnya), Macaca nemestrina;
~ ekor singa, Macaca silenus;
~ Jepun, Macaca fuscata;
~ kentui, Macaca artoides;
~ hantar hasil = serah ~ beguk, degum;
bagai ~ kena ipuh (peribahasa) menggeliat-geliat kerana kesakitan;
berhakim kepada ~ (peribahasa) meminta hukum kepada orang yang tamak;
bertukar ~ dengan cigak (peribahasa) menukar yang lama dengan yang baru padahal sama juga buruknya;
mabuk kerana ~ berayun (peribahasa) asyik memerhatikan sesuatu yang tidak berguna dengan menghabiskan masa.
berujul
[Jawa] sejenis bajak.
berudu
larva katak atau kodok yang mempunyai badan yang bulat, panjang ekornya, dan insang luar;
~ besar di kubangan, buaya besar di lautan (peribahasa) tiap-tiap orang besar di tempatnya;
kerap sang ~ hendak berenang di laut lebar, awak masih juga di kubangan (peribahasa) tiada berdaya mencapai yang dicita-citakan.
beruas
sejenis tumbuhan (pokok), manggis hutan, Garcinia hombroniana.
beruang
sejenis mamalia buas (yang besar, berbulu tebal, dan berekor kontot) dalam famili Ursidae;
~ matahari, Helarctos malayanus;
~ perang, Ursus arctos;
~ putih = ~ kutub, Thalarctos maritimus;
empedu ~ sejenis tumbuhan (pokok renek), embalau, lada barau, Brucea amarissima (sumatrana).
berua
[kata seru] barua.
bertuh
[Pulau Pinang] berlaga, berlanggar, bersentuh.