bertih II

bunga ~ sejenis tumbuhan (pokok memanjat), Antigonon spp.;
kayu ~
sejenis tumbuhan (pokok renek), seringan (laut), Dodonea viscosa.

bertih I

padi yang digoreng (direndang) tanpa minyak dan dibuang kulitnya:
kemudian barulah dijamu puteri itu, ditabur ~ dan beras kunyit serta dipercik tepung tawar;
seperti ~ digoreng
= seperti ~ direndang bunyi senapang yang tidak berputusan;

membertih
1. menjadi bertih:
padi sudah mulai ~ di dalam kuali;

2. berbunyi seperti bertih digoreng:
tembakan yang ~ berlarut-larutan sehingga dinihari.

bertas

= terbertas tanggal jahitan (baju dan lain-lain);

membertaskan menanggalkan jahitan (baju dan lain-lain).

bersut

masam muka, merengut;

membersut
1. bermasam muka, memandang dengan muka marah;

2. mendengkus (anjing, kucing, dan lain-lain).

bersit

= membersit terpersil keluar dengan tiba-tiba;

membersitkan menjadikan terpersil.

bersin

= terbersin mengeluarkan udara dengan tiba-tiba lagi keras daripada hidung dan mulut (kerana selesema dan lain-lain).