besar

1. tidak kecil (ukurannya):
bangunan parlimen ~ dan tinggi;
kereta ~;
bertubuh ~;

2. penting, berpengaruh, berkuasa (berjawatan dan sebagainya) tertinggi:
di depan sekali tempat orang-orang ~;
guru ~
guru yang tertinggi (ketua guru di sesebuah sekolah);
kerani ~ kerani yang tertinggi (ketua kerani);
markas ~ markas tertinggi;

3. dewasa:
anak-anaknya sudah ~;

4. ukuran (lebarnya, panjangnya, tingginya, luasnya, dan lain-lain):
~ badannya dua kali badan saya;

5. banyak:
projek ini menelan belanja yang ~;
bergaji ~;

6. kuat serta luas kawasan pemerintahan atau jajahannya dan dihormati oleh negeri-negeri lain:
raja yang ~ lagi adil;

7. mempunyai kegiatan perniagaan yang meluas dan hasil pengeluarannya tinggi (berkenaan (dengan) syarikat, perusahaan, dan sebagainya):
sebuah syarikat yang ~ di Malaysia;
perusahaan yang ~;

8. menelan belanja yang banyak dan ramai bilangan jemputannya (berkenaan (dengan) kenduri, majlis, sambutan, dan sebagainya):
kenduri ~;

9. amat penting (berkenaan (dengan) hajat, niat, tugas):
mereka datang membawa hajat yang ~;
10. sukar diatasi:
masalah ~ yang memeningkan kepala;
~ akal
[sastera lama] banyak akal, pandai;
~ cakap banyak berbicara, sombong, angkuh;
~ empat di balai keempat-empat pembesar di Perak dan Minangkabau;
~ hati
a) bangga, gembira;
b) bongkak, sombong;
~ kepala
a) keras kepala, bengal;
b) bongkak, sombong;
~ mulut banyak cakap, sombong;
~ panjang dewasa;
~ perut
a) gelojoh, pelahap;
b) hamil;
~ kayu ~ bahannya = ~ periuk ~ keraknya (peribahasa) banyak penghasilan banyak pula belanjanya;
~ pasak daripada tiang (peribahasa) lebih besar belanja daripada pendapatan;

berbesar;
~ hati berasa besar hati, berasa bangga (gembira);

berbesar-besar menjadi-jadi, makin bertambah;

membesar
1. nampak besar:
tiba-tiba saya terhenti, di dalam gelap itu suatu lembaga ~ di depan saya;

2. menjadi besar:
tiap-tiap sel itu mengalami semua proses hidup seperti makan, bernafas, dan ~;

3. berlagak seperti orang besar, meyombong, bongkak;

membesarkan
1. menjadikan besar, menyebabkan menjadi besar:
lubang ini dapat dibesarkan dan dikecilkan;

2. memelihara (mengasuh) hingga menjadi besar (anak dan lain-lain):
ayahku dibesarkan di Melaka;

3. menganggap tinggi (penting dan lain-lain);

4. meluaskan:
~ tanah jajahan;
~ jurang perbezaan antara miskin dan kaya;

5. menambah bilangan ahli (anggota dalam sesuatu pertubuhan, badan, pasukan, dan sebagainya):
~ pasukan tentera;

6. memandang tinggi (mulia) terhadap seseorang, memuliakan:
~ Nabi Muhammad SAW;
~ api
menambah besar nyala api;
~ diri bercakap membangga-banggakan diri, meninggi diri;
~ hati menggalakkan hati, menggembirakan hati, membanggakan;
~ lampu menambah besar nyala lampu;
~ mata membelalakkan mata, membuka mata besar-besar;
~ modal menambah modal;
~ semangat memberanikan;

membesar-besarkan menambah atau melebih-lebihkan sesuatu (seperti kejayaan, kesusahan, cerita, dan sebagainya) daripada keadaan yang sebenarnya:
ia ~ kekayaannya;
~ kesalahan orang;
~ perkara yang kecil;

memperbesar menjadikan lebih besar, membesarkan lagi:
rumah itu sudah besar, janganlah diperbesar lagi;

terbesar
1. yang sangat (amat) besar, yang besar sekali;

2. tanpa disedari atau tidak sengaja dibuat lebih besar daripada yang dikehendaki atau yang sepatutnya:
dia memotong baju itu ~ sedikit;

besar-besaran = secara ~
1. dengan cara (upacara dan sebagainya) yang besar (berkenaan (dengan) sambutan, majlis perkahwinan, dan sebagainya):
perkahwinan diraja itu disambut secara ~;

2. dalam bilangan yang banyak:
kemasukan orang asing secara ~;
menternak ayam secara ~;

3. banyak dan luas pasarannya:
berniaga secara ~;

4. meluas dan bersungguh-sungguh (berkenaan (dengan) kempen, gerakan, dan sebagainya):
kempen antidenggi dijalankan secara ~;

berbesaran, berbesar-besaran secara besar-besaran;

kebesaran
1. perihal (sifat dan lain-lain) besar, kemuliaan, kehormatan:
surat itu dijemput Raja Pasai dengan sempurna ~ dan sempurna kemuliaan;
pakaian ~
pakaian yang dipakai ketika istiadat besar-besar;
payung ~ payung istiadat raja-raja;

2. [Jakarta] terlalu besar;

pembesaran
1. perbuatan membesarkan (sesuatu):
~ tempat letak kereta;

2. perbuatan membesarkan (bilangan):
~ pasukan Bulan Sabit Merah;

3. perihal (proses) menjadi besar, proses membesar:
~ bahagian akar pokok;

pembesar
1. orang yang berpangkat tinggi:
baginda bertitah di hadapan ~ dan rakyat sekalian;

2. [Indonesia] ketua daerah (pejabat dan lain-lain);

3. alat untuk membesarkan sesuatu;
~ suara alat penguat suara.

berkongsi