bestari

1. cerdas, pandai, berpendidikan, berpengetahuan, berbudi pekerti yang baik;
muda ~ muda dan baik budi pekertinya (berpengetahuan dan lain-lain);

2. beroperasi dengan berbantukan komputer, teknologi maklumat dan sebagainya (berkenaan (dengan) sistem, sekolah dan sebagainya):
sekolah ~;

membestarikan menyebabkan atau menjadikan bestari:
pelbagai langkah sudah diambil untuk mencapai sasaran itu termasuk ~ sistem yang berkaitan dengan pengurusan;

kebestarian perihal memiliki ciri-ciri bestari (seperti berpendidikan tinggi, baik budi pekerti, dan luas pengetahuan):
~ sesuatu bangsa yang tidak pernah dikalahkan oleh bangsa lain;

pembestarian perihal (proses, perbuatan dan sebagainya) membestarikan:
~ konsep persekolahan itu amat penting kerana perkembangan pesat dalam sains dan teknologi.

berkongsi