bongkar I

membongkar
1. mengangkat ke atas, menaikkan:
~ sauh;

2. menurunkan muatan dari kapal (kereta api dan lain-lain), memunggah:
~ muatan;

3. merombak (bangunan, enjin, dan lain-lain):
habis rumah-rumah diselongkar dan dibongkar;

4. membuka dengan paksa (pintu, peti, dan lain-lain):
pencuri itu dapat mengambil barang-barang berharga dengan ~ pintu peti besi;

5. mengeluarkan sesuatu secara tidak teratur kerana mencari sesuatu:
~ kain baju di dalam almari itu untuk mencari kunci laci;

6. membuka (rahsia dan lain-lain):
~ rahsia;
~ misteri pembunuhan itu;

7. membangkitkan perkara-perkara lama:
suka sekali ~ yang lama-lama;

terbongkar telah dibongkar;

bongkaran hasil membongkar, benda yang sudah dibongkar;

kebongkaran [Jakarta] kemasukan pencuri, kecurian;

pembongkaran perbuatan membongkar;

pembongkar orang yang bertanggungjawab membongkar sesuatu.

bongkak

pongah, sombong, angkuh:
kau jangan takbur dan ~;

kebongkakan perihal (sifat dan sebagainya) bongkak, kepongahan, kesombongan, keangkuhan:
ia bercekak pinggang pula, menampakkan ~nya.

bongkah

potongan, ketulan sesuatu (tanah, batu, kayu dan sebagainya) yang agak besar, bingkah;
~ V bongkah yang berbentuk V;

berbongkah-bongkah berbonggol-bonggol (jalan dan lain-lain).

bonggol

1. bonjol pada batang pokok, bongkol, bonjol;

2. benjol besar pada belakang binatang seperti unta dan sebagainya untuk menyimpan lemak dan air, bondok, ponok:
unta menyimpan makanannya dalam ~ yang ada di belakangnya;
~ kecil
bonggol yang kecil (pada pokok dan lain-lain), bintil;
~ kem roda panjang yang menyebabkan gerakan keluar masuk (turun naik dan lain-lain);

berbonggol, berbonggol-bonggol berbenjol-benjol:
rupanya seperti tiang yang berbonggol-bonggol yang tinggi hanya beberapa kaki saja;

membonggol membonjol:
seorang lelaki berperut besar dengan urat lehernya ~ duduk di sisi Usamah.