membongkar
1. mengangkat ke atas, menaikkan:
~ sauh;
2. menurunkan muatan dari kapal (kereta api dan lain-lain), memunggah:
~ muatan;
3. merombak (bangunan, enjin, dan lain-lain):
habis rumah-rumah diselongkar dan dibongkar;
4. membuka dengan paksa (pintu, peti, dan lain-lain):
pencuri itu dapat mengambil barang-barang berharga dengan ~ pintu peti besi;
5. mengeluarkan sesuatu secara tidak teratur kerana mencari sesuatu:
~ kain baju di dalam almari itu untuk mencari kunci laci;
6. membuka (rahsia dan lain-lain):
~ rahsia;
~ misteri pembunuhan itu;
7. membangkitkan perkara-perkara lama:
suka sekali ~ yang lama-lama;
terbongkar telah dibongkar;
bongkaran hasil membongkar, benda yang sudah dibongkar;
kebongkaran [Jakarta] kemasukan pencuri, kecurian;
pembongkaran perbuatan membongkar;
pembongkar orang yang bertanggungjawab membongkar sesuatu.