bonus

1. bayaran tambahan pada gaji dan lain-lain sebagai pemberian (ganjaran);

2. bayaran faedah kepada pemegang polisi syarikat insurans atau pemegang saham;
~ saham ganjaran kepada kakitangan dalam bentuk saham (sama ada secara percuma atau pada harga yang murah).

bonsai

1. seni atau teknik membentuk pokok hiasan yang kerdil dengan cara menanamnya dalam pasu tohor, memangkas dahan dan akarnya, mengawal pembajaannya dan sebagainya;

2. pokok yang dikerdilkan sebagai hiasan, dengan menanamnya dalam pasu tohor, memangkas dahan dan akarnya, mengawal pembajaannya dan sebagainya;

membonsaikan menjadikan sebagai bonsai:
pokok-pokok yang belum dibonsaikan.

bonjol

bonggol, bengkak;

membonjol menyerupai bonjol:
bibirnya ~ manakala suntil itu disematkan lebih kukuh.

bongsu

1. yang paling muda (berkenaan (dengan) anak), terkecil, lawan sulung;
anak ~ = si ~ anak yang termuda;
bapak ~ = pak su bapa saudara yang termuda;
emak ~ = mak su emak saudara yang termuda;

2. yang akhir sekali tumbuh;
geraham ~ geraham yang terakhir tumbuh.

bongor

sejenis tumbuhan (pokok) yang berbunga ungu (kayunya dipakai untuk rumah dan lain-lain), Lagerstroemia speciosa;
merah ~
ungu.

bongok

1. terlalu gemuk sehingga tidak seimbang dengan tinggi, besar tetapi pendek;

2. [Minangkabau] bodoh, dongok.