rumput ~ sejenis tumbuhan (rumpai), rumput perimping, Themeda villosa.
Category Archives: Kamus Dewan Online
tempayang
kepayang.
tempayan
sejenis bejana yang dibuat daripada tanah liat untuk menyimpan air dan lain-lain:
isikan air itu ke dalam ~;
~ budu = ~ peda
a) tempayan untuk membuat budu;
b) [kiasan] rahsia busuk seseorang;
~ gumbang = ~ tapak gajah tempayan besar yang mulutnya sempit;
~ taban tempayan besar untuk menyimpan air minuman;
~ telur buaya tempayan yang besar perutnya (seperti buyung);
kalau kubuka ~ budu baru tahu (peribahasa) kalau kupecahkan rahsiamu sudah tentu kamu mendapat malu;
mulut ~ bagaimana menjahitnya (peribahasa) tidak dapat dilarang seseorang daripada mengatai kita (jika kita berbuat kejahatan);
seperti ~ tertiarap di atas air (peribahasa) perihal orang yang bebal dan tidak mahu menurut nasihat yang diberikan.
tempayak
anak penyengat (lebah, angkut-angkut, semut) yang masih berupa ulat.
tempawan
besi ~ besi yang dikeraskan dengan ditempa, besi tempa(an);
emas ~
a) emas (yang baik) yang sudah ditempa;
b) [sastera lama] kata sanjungan untuk wanita yang cantik.
tempawak
sejenis tumbuhan (pokok), Elaeocarpus floribundus.
tempaus
sejenis bau-bauan (untuk rokok dan lain-lain).
tempat
1. sesuatu yang digunakan untuk menaruh (menadah, menyimpan, dan lain-lain), bekas, wadah:
~ habuk rokok;
~ bara;
2. ruang (kawasan dan lain-lain) untuk melakukan sesuatu:
percakapan terhenti hingga itu, masing-masing berdiri mencari ~ sujud;
3. ruang dan lain-lain yang digunakan untuk menyimpan (menaruh) sesuatu:
ia pun terus menanggalkan tuala yang dipakainya itu dan berjalan menuju ~ gantungan kain bajunya;
4. kawasan (ruang, rumah, dan lain-lain) yang didiami, kawasan dan lain-lain di mana terdapat sesuatu:
rumahnya itu rumah batu, bangunannya seperti ~ berhala Cina;
5. bahagian yang tertentu daripada sesuatu:
~ pemegangnya boleh dibalut dengan getah tiub;
6. kawasan yang tertentu, daerah, kampung, negeri:
ayahku tidak duduk di ~ itu;
ia kembali ke ~ lahirnya;
7. orang yang jadi lawan bercakap, orang yang jadi tujuan untuk bertanya dan lain-lain, orang yang diserahi kepercayaan:
orang tua itulah ~ kami bertanya;
8. kedudukan (yang sewajarnya), keadaan, letak (sesuatu):
dia mendapat ~ yang baik di kementerian itu;
~nya dalam perusahaan itu telah diambil oleh orang lain;
aspek bahasa perlu diberi ~;
~ asal kawasan (negeri, kampung) dari mana seseorang itu berasal;
~ hantu bermain = ~ jin bertendang ki kawasan yang tidak didiami orang (jauh daripada orang);
~ kediaman (tinggal) kawasan (rumah) yang didiami (orang);
~ ludah perludahan, ketur, tempolong;
~ parkir [Indonesia] tempat menyimpan kereta;
~ peranginan tempat orang bertemasya (berehat);
~ tumpah darah negeri (kampung) tempat orang itu dilahirkan;
~ berpijak sudah terban, ~ bergantung sudah putus (peribahasa) kehilangan orang tempat menumpangkan hidup;
setempat
1. satu tempat sahaja;
2. = setempat-setempat hanya mengenai sesuatu tempat sahaja, tidak menyeluruh;
3. di tempat itu sendiri:
hikayat ini tersiar di daerah yang sangat luas biarpun dalam bentuk yang berlainan dan disesuaikan dengan keadaan ~;
menyetempatkan
1. meletakkan (mengumpulkan dan lain-lain) di satu tempat sahaja, tidak membiarkan berselerakan;
2. mengurung dan lain-lain supaya tinggal di satu tempat (supaya jangan merebak, menjalar, dan lain-lain);
bertempat
1. mempunyai tempat, tinggal (diam, duduk) di …, berlaku (diadakan) di …:
mesyuarat agung akan diadakan pada 2 April ~ di Balai Rakyat;
2. [kiasan] kena pada tempatnya (masanya, keadaannya, dan sebagainya):
mengata orang biarlah ~ ;
bertempat-tempat sesuai dengan hanya tempat-tempat tertentu sahaja, tidak menyeluruh;
menempat berada, terletak:
perkara yang ~ di hati;
menempati
1. mendiami atau menduduki (rumah dan lain-lain), bertempat di …:
dia ~ dua buah bilik di rumah itu;
2. memegang pangkat (pekerjaan, jabatan, dan lain-lain), memangku jabatan:
mudah-mudahan Tentera Nasional Indonesia ~ kedudukannya yang wajar sebagai suatu tenaga yang berasal daripada rakyat;
3. [arkaik] [sastera lama] menjadi tempat, memberi tempat pada;
menempatkan
1. meletakkan, menaruh, memasang:
dia ~ kedua-dua tapak tangannya di atas lutut;
2. memasukkan (dalam):
dia ~ wang syilingnya dalam sebuah tabung buluh;
3. memberi tempat duduk (tinggal, bermalam, dan lain-lain), menyuruh tinggal (diam):
Britain akan ~ satu pasukan pengebom di Darwin;
4. [kiasan] memberikan tempat (kedudukan, taraf, dan lain-lain):
kedua-dua unsur tersebut sama pentingnya dalam ~ Sejarah Melayu sebagai roman sejarah yang baik;
tempatan yang berkaitan dengan tempat tertentu, di tempat itu sendiri:
kasut hitam, buatan ~ yang dipakainya itu berkilat;
buah-buahan ~ buah-buahan dari negera sendiri (bukan buah-buahan yang diimport);
~ hati ki buah hati, kekasih;
penempatan perihal menempati atau menempatkan:
kawasan ini ialah tempat ~ semula orang yang pindah dari kampung-kampung yang jauh terpencil;
~ kedai-kedai runcit yang besar di pusat membeli-belah.
tempap
setempap selebar atau seluas tapak tangan, setelempap;
menempap
1. meletakkan tapak tangan pada;
2. = bertempap mengukur dengan telempap.
tempang
1. cacat yang tetap pada kaki (kaki pendek sebelah dan lain-lain), capik, pincang:
segala rakyat kecil besar, tua muda, bongkok, ~ pun sekaliannya berkampunglah;
2. tidak sama panjang (kaki kerusi, meja, dan lain-lain):
kerusi itu ~ kakinya;
3. = tertempang-tempang incang-incut:
ketika pulang ia melihat Mahmud berjalan ~ dipapah oleh Ainon;
4. [kiasan] tidak seimbang, ada kekurangannya (cacatnya), berat sebelah, tidak adil, tidak betul (perjalanannya dan lain-lain):
bukan sedikit jumlah perempuan yang terjerumus ke liang kesengsaraan lantaran kesalahan masyarakat yang selalu ~ ini;
orang ~ jangan dicacat, ingat-ingat hari belakang (peribahasa) kecelakaan orang janganlah sangat dikata barangkali kita sendiri akan mengalami hal yang serupa;
menempang berjalan tempang;
menempangkan, menempang-nempangkan ~ kaki berpura-pura tempang kaki;
ketempangan
1. perihal (keadaan dan sebagainya) tempang, kecapikan, kepincangan;
2. cacat, cela;
3. hal yang tidak wajar (tidak adil dan lain-lain), keadaan tidak wajar:
bolehkah kita mengatasi ~ musyawarah kita serta kembali ke musyawarah yang sebenar.