tempat

1. sesuatu yang digunakan untuk menaruh (menadah, menyimpan, dan lain-lain), bekas, wadah:
~ habuk rokok;
~ bara;

2. ruang (kawasan dan lain-lain) untuk melakukan sesuatu:
percakapan terhenti hingga itu, masing-masing berdiri mencari ~ sujud;

3. ruang dan lain-lain yang digunakan untuk menyimpan (menaruh) sesuatu:
ia pun terus menanggalkan tuala yang dipakainya itu dan berjalan menuju ~ gantungan kain bajunya;

4. kawasan (ruang, rumah, dan lain-lain) yang didiami, kawasan dan lain-lain di mana terdapat sesuatu:
rumahnya itu rumah batu, bangunannya seperti ~ berhala Cina;

5. bahagian yang tertentu daripada sesuatu:
~ pemegangnya boleh dibalut dengan getah tiub;

6. kawasan yang tertentu, daerah, kampung, negeri:
ayahku tidak duduk di ~ itu;
ia kembali ke ~ lahirnya;

7. orang yang jadi lawan bercakap, orang yang jadi tujuan untuk bertanya dan lain-lain, orang yang diserahi kepercayaan:
orang tua itulah ~ kami bertanya;

8. kedudukan (yang sewajarnya), keadaan, letak (sesuatu):
dia mendapat ~ yang baik di kementerian itu;
~nya dalam perusahaan itu telah diambil oleh orang lain;
aspek bahasa perlu diberi ~;
~ asal kawasan (negeri, kampung) dari mana seseorang itu berasal;
~ hantu bermain = ~ jin bertendang ki kawasan yang tidak didiami orang (jauh daripada orang);
~ kediaman (tinggal) kawasan (rumah) yang didiami (orang);
~ ludah perludahan, ketur, tempolong;
~ parkir [Indonesia] tempat menyimpan kereta;
~ peranginan tempat orang bertemasya (berehat);
~ tumpah darah negeri (kampung) tempat orang itu dilahirkan;
~ berpijak sudah terban, ~ bergantung sudah putus (peribahasa) kehilangan orang tempat menumpangkan hidup;

setempat
1. satu tempat sahaja;

2. = setempat-setempat hanya mengenai sesuatu tempat sahaja, tidak menyeluruh;

3. di tempat itu sendiri:
hikayat ini tersiar di daerah yang sangat luas biarpun dalam bentuk yang berlainan dan disesuaikan dengan keadaan ~;

menyetempatkan
1. meletakkan (mengumpulkan dan lain-lain) di satu tempat sahaja, tidak membiarkan berselerakan;

2. mengurung dan lain-lain supaya tinggal di satu tempat (supaya jangan merebak, menjalar, dan lain-lain);

bertempat
1. mempunyai tempat, tinggal (diam, duduk) di …, berlaku (diadakan) di …:
mesyuarat agung akan diadakan pada 2 April ~ di Balai Rakyat;

2. [kiasan] kena pada tempatnya (masanya, keadaannya, dan sebagainya):
mengata orang biarlah ~ ;

bertempat-tempat sesuai dengan hanya tempat-tempat tertentu sahaja, tidak menyeluruh;

menempat berada, terletak:
perkara yang ~ di hati;

menempati
1. mendiami atau menduduki (rumah dan lain-lain), bertempat di …:
dia ~ dua buah bilik di rumah itu;

2. memegang pangkat (pekerjaan, jabatan, dan lain-lain), memangku jabatan:
mudah-mudahan Tentera Nasional Indonesia ~ kedudukannya yang wajar sebagai suatu tenaga yang berasal daripada rakyat;

3. [arkaik] [sastera lama] menjadi tempat, memberi tempat pada;

menempatkan
1. meletakkan, menaruh, memasang:
dia ~ kedua-dua tapak tangannya di atas lutut;

2. memasukkan (dalam):
dia ~ wang syilingnya dalam sebuah tabung buluh;

3. memberi tempat duduk (tinggal, bermalam, dan lain-lain), menyuruh tinggal (diam):
Britain akan ~ satu pasukan pengebom di Darwin;

4. [kiasan] memberikan tempat (kedudukan, taraf, dan lain-lain):
kedua-dua unsur tersebut sama pentingnya dalam ~ Sejarah Melayu sebagai roman sejarah yang baik;

tempatan yang berkaitan dengan tempat tertentu, di tempat itu sendiri:
kasut hitam, buatan ~ yang dipakainya itu berkilat;
buah-buahan ~
buah-buahan dari negera sendiri (bukan buah-buahan yang diimport);
~ hati ki buah hati, kekasih;

penempatan perihal menempati atau menempatkan:
kawasan ini ialah tempat ~ semula orang yang pindah dari kampung-kampung yang jauh terpencil;
~ kedai-kedai runcit yang besar di pusat membeli-belah.

berkongsi