sejenis bejana yang dibuat daripada tanah liat untuk menyimpan air dan lain-lain:
isikan air itu ke dalam ~;
~ budu = ~ peda
a) tempayan untuk membuat budu;
b) [kiasan] rahsia busuk seseorang;
~ gumbang = ~ tapak gajah tempayan besar yang mulutnya sempit;
~ taban tempayan besar untuk menyimpan air minuman;
~ telur buaya tempayan yang besar perutnya (seperti buyung);
kalau kubuka ~ budu baru tahu (peribahasa) kalau kupecahkan rahsiamu sudah tentu kamu mendapat malu;
mulut ~ bagaimana menjahitnya (peribahasa) tidak dapat dilarang seseorang daripada mengatai kita (jika kita berbuat kejahatan);
seperti ~ tertiarap di atas air (peribahasa) perihal orang yang bebal dan tidak mahu menurut nasihat yang diberikan.
tempayan
berkongsi