bertemperasan
1. [sastera lama] lari dan lain-lain bertempiaran, bercerai-berai (ke sana sini):
lalu lari kian ke mari, ~, diburu oleh serdadu;
2. bertaburan, berhamburan (tentang benih, beras, dan lain-lain).
Cari Maksud Perkataan Secara Online
bertemperasan
1. [sastera lama] lari dan lain-lain bertempiaran, bercerai-berai (ke sana sini):
lalu lari kian ke mari, ~, diburu oleh serdadu;
2. bertaburan, berhamburan (tentang benih, beras, dan lain-lain).
sejenis ikan darat, cemperas, Cyclocheilichthys apogon.
[Perak] sejenis serangga yang rupanya seperti tungau.
[Indonesia-Belanda] sifat batin yang mempengaruhi kelakuan dan lain-lain seseorang (seperti periang, pemarah, dan lain-lain).
pukulan dengan telapak tangan pada muka atau pelipis (telinga), tampar:
tiap-tiap hari ada-ada sahaja penangan untuk Ani, ~, cubitan, dan lain-lain;
menempeleng menampar pada muka atau telinga:
raja muda tersebut telah menjadi ganas lalu ~ muka Wan Intan beberapa kali;
tempelengan [Jakarta] pelipis.
akar ~ sejenis tumbuhan (pokok memanjat), Tetracera indica.
cela atau cerca yang pedas dengan membangkit-bangkitkan keburukan (kesalahan dan lain-lain) yang sudah-sudah:
hasutan mereka tidak sedikit diendahkannya, sebaliknya ~ yang diberikannya kepada mereka;
menempelak mencerca atau mencela dengan keras (dengan membangkit-bangkitkan hasil yang sudah-sudah), menggusari dan menyesali:
sudah melampaui batas apabila seorang anak sulung boleh ~ bapanya di hadapan mukanya;
tempelakan tempelak.
gambar ~ gambar yang dapat dilekatkan pada benda lain kalau dibasahi dengan air;
bertempel
1. berdamping rapat (dengan), sangat karib dengan, sangat berdekatan:
jangan ~ dengan dia;
2. melekat (pada), berlekat pada:
gambar-gambar yang ~ di dinding sudah mulai kuning;
bertempelan melekat di beberapa tempat:
keping-keping daging masak jatuh ~ di atas lantai;
menempel
1. melekat (pada), lekat (pada):
poster pilihan raya kelihatan ~ di segenap tembokdan tiang telefon;
2. menampal sesuatu dengan:
dindingnya dibubuh papan, ditempel dengan baldu yang kuning dan merah;
menempeli
1. menempel pada, melekati:
Kartini lantas menaruh pakaian di sisi dinding yang penuh ditempeli dengan bermacam-macam gambar;
2. [bahasa percakapan] menumpangi seseorang;
3. merapati seseorang (dengan maksud mencari keuntungan dan lain-lain);
menempelkan
1. melekatkan sesuatu pada:
mereka ~ berita itu di pagar-pagar;
2. [kiasan] merapatkan (telinga untuk mendengar dan lain-lain), melekapkan:
dia ~ telinganya ke dinding dan mendengar kalau-kalau ada orang di situ;
3. [kiasan] tetap kekal (perasaan dalam hati), melekat, bersebati:
kepercayaanku pada agamaku makin ~ terus dalam hatiku;
4. menumpang (duduk dan lain-lain), menebeng:
dia ~ di rumah saudaranya;
5. berapat-rapat dengan (dengan maksud mencari keuntungan dan lain-lain), menyobat:
beliau sekarang mencuba ~ kepada Presiden;
6. memberi wang suap, menyogok, menyuap;
tempelan
1. tempat menempelkan sesuatu;
2. sesuatu yang ditempelkan (seperti label dan lain-lain):
dinding ini sudah terkopek-kopek papannya, tetapi dibersihkan oleh ~ kertas kuning;
3. orang yang ditempeli (ditumpangi dan lain-lain);
4. [Indonesia] cukai pasar (dengan resit yang ditempelkan);
5. [Indonesia] bunga dan lain-lain yang disematkan di baju (sebagai tanda turut menderma kepada badan amal dan lain-lain);
penempelan proses menempelkan sesuatu.
bertempek-tempek
1. bertepek-tepek;
2. [kiasan] sangat banyak yang belum dijelaskan, seperti hutang, pinjaman dan sebagainya:
hutang syarikat orang itu ~;
bertempekan melekat di merata-rata tempat pada sesuatu permukaan, bertempelan:
dia terpandang sesuatu yang pelik berwarna hitam ~ di papan berkenaan;
menempek melekatkan sesuatu pada:
ulangilah ~ kunyit hidup yang ditumbuk pada luka.
sejenis makanan yang dibuat daripada kacang soya (kedelai) yang diragikan:
jenis-jenis makanan yang dibuat daripada kacang soya ialah tauhu, ~, taucu, dan lain-lain.