timbun

himpunan sesuatu yang bertindih-tindih, longgok, tompok(an):
lalat menghurung ~ sampah di tepi parit;
se~ batu kerikil;

bertimbun 1. = bertimbun-timbun bersusun bertindih-tindih (menjadi timbun), berlonggok-longgok (bertompok-tompok), beberapa timbun:
~ sabut di bawah rumahnya;

2. [kiasan] banyak:
bukunya yang bertimbun-timbun itu tidak akan habis dapat dibacanya;

3. = tertimbun tertimbus, terkambus;
mati ~ tanah mati tertimbus tanah;

4. [sastera lama] berkumpul (rakyat), berhimpun (beramai-ramai):
maka ~lah Pancagah dengan segala kakanda dan segala anak hulubalang dan segala muda belia;

bertimbunan bertimbun(-timbun):
sebermula bangkai ~ seperti gunung, darah seperti laut;

menimbuni
1. menimbus (lubang dan lain-lain), menambak, melonggokkan (tanah), menanam (mayat dan lain-lain):
mereka menggali lubang dan ~ lubang untuk menyudahkan rancangan kerja raya;

2. menjadi bertimbun (banyak), membukitkan, melimpah-limpah:
ketaman padi telah dilonggokkan ~ macam busut di atas sebidang tikar;
aku makin merasa cintaku ~ dan memuncak;

3. gemuk (berkenaan (dengan) daging), tambun;

tertimbun ditimbun(i), tertimbus (tertanam);
~ dikais, terbenam diselam (peribahasa)
a) perihal menyelidiki sesuatu perkara yang tersembunyi;
b) menolong seseorang yang dalam kesusahan;

menimbunkan
1. menyusun bertindih-tindih (berlapis-lapis) hingga merupakan timbunan, melonggokkan, menompokkan:
~ guni berisi pasir hingga merupakan benteng;

2. mengumpulkan banyak-banyak (atau berdikit-dikit hingga menjadi banyak), menyimpan banyak-banyak:
~ keuntungan;
janganlah suka menimbunkan kerja pada hari esoknya;

timbunan
1. tompokan, longgokan:
~ sampah sarap;

2. barang-barang yang ditimbunkan;

3. tempat menimbun;

4. [kiasan] jumlah atau himpunan kerja dan sebagainya yang perlu diuruskan yang sudah terlalu banyak;

penimbunan
1. perihal menimbunkan, pengumpulan (penghimpunan) barang-barang dan lain-lain:
banyak sungai telah menjadi jangkat akibat ~ pasir dan lumpur yang dibawa air dari hilir sungai;

2. tempat untuk menimbun;

penimbun
1. orang (atau alat) yang menimbunkan (melonggokkan) barang;

2. (tanah, pasir, dan lain-lain) untuk menimbun:
ditimpa tanah ~.

timbul II

penimbul = ~ raksa = apung ~ jampi dan lain-lain untuk menjadikan orang kebal;
ilmu ~ ilmu yang mengebalkan orang (dengan menggosokkan raksa pada badan).

timbul I

1. naik dari dalam air (lumpur dan lain-lain) hingga tampak pada permukaannya:
ikan itu ~ ke permukaan air dari semasa ke semasa untuk menyedut udara;

2. terapung-apung pada permukaan air, tidak tenggelam:
untung sabut ~, untung batu tenggelam;
batu ~
sejenis batu yang ringan dan terapung-apung pada permukaan air;
beras ~ kulit (kelongsong) padi yang terapung di air;

3. terkeluar (tersembul) sedikit dari permukaan yang rata;
gambar ~ gambar (lukisan dan lain-lain) yang tersembul pada latar belakangnya (ukiran pada batu dan lain-lain);
huruf ~ huruf yang menyembul pada permukaan kertas dan lain-lain;
peta ~ peta yang bahagian-bahagiannya menyembul untuk menggambarkan keadaan yang sebenar;

4. [kiasan] muncul, keluar, kelihatan:
kuman-kuman ini menyebabkan ~ bengkak-bengkak pada tubuh;
hilang-hilang ~
seketika kelihatan seketika tidak;

5. terlintas di hati;
berbangkit, datang:
dalam hatinya ~ keinginan untuk berumah tangga;

6. berlaku, terjadi:
pendirian yang berlainan ini menyebabkan kerap ~ perbalahan antara mereka;

7. terbit (bulan, matahari);
bulan ~
a) bulan terbit;
b) bulan baru (perhitungan kalendar);
~ tenggelam = tenggelam ~
a) seketika timbul seketika tenggelam (seperti benda yang diumbang-ambingkan ombak);
b) [kiasan] terkadang-kadang tidak, hilang timbul (berkenaan (dengan) seseorang, sesuatu kegiatan, dan lain-lain), ada kalanya beruntung (berjaya dan lain-lain) dan ada kalanya malang (kecewa dan lain-lain);
c) [kiasan] selalu berhutang;
d) [kiasan] terlalu sibuk (dalam pekerjaan);

bertimbulan timbul merata-rata, banyak yang timbul:
remis pun penuh di tepi pasir itu, ~ sendirinya, maka sebentar dipungut boleh dapat bergantang-gantang;
otot-otot ~ di sana sini;

menimbulkan
1. menyebabkan timbul (naik ke permukaan air dan lain-lain):
orang-orang di dalam kapal selam dapat melihat keadaan di atas muka laut dengan tidak payah ~ kapal itu;

2. [kiasan] mengemukakan (untuk diperbincangkan dan lain-lain), membangkitkan (perkara, persoalan, dan lain-lain):
beberapa perkara telah ditimbulkan dalam mesyuarat agung kesatuan tersebut;

3. [kiasan] menerbitkan (membangkitkan) sesuatu perasaan (seperti benci, cemburu, gembira, dan lain-lain):
sifatnya yang kasar ~ rasa benci orang terhadapnya;

4. [kiasan] menyebabkan berlaku (terdapat) sesuatu kejadian (keadaan, perkara, dan lain-lain), mengakibatkan, mendatangkan (mengadakan, menjadikan, dan lain-lain);
~ perang dunia menyebabkan berlakunya perang dunia;
~ kerumitan menyebabkan terdapatnya kerumitan;
~ kesan buruk mendatangkan (mengakibatkan) kesan buruk;

5. [Minangkabau] menutup kerugian, mencukupi (kekurangan, perbelanjaan, dan lain-lain), memperbaiki kesalahan (kecuaian dan lain-lain):
keuntungan ini digunakan untuk ~ kerugian dahulu;

timbulan (Seni bina) bentuk ukiran yang lebih tinggi daripada permukaan satah sesebuah karya;

penimbulan perihal (perbuatan dan sebagainya) menimbulkan:
cerita akan terus digerakkan untuk memasuki peringkat ~ krisis.

timbuk

[arkaik];

menimbuk
1. menampar, menepuk;

2. memukul telur dan sebagainya dengan kuat;

3. mengacau masakan berkuah sambil mencedok dan menuangnya kembali (untuk mengelakkannya daripada berketul, pecah minyak, dan sebagainya).

timbrung

[Jawa] menimbrung campur tangan (dalam hal orang lain), turut serta berdebat (berkelahi dan lain-lain).

timbau

rangka ~ rangka sambungan (tambahan) pada rangka utama;

menimbau menyambung (menambah dan lain-lain) untuk memperpanjang atau mempertinggi (rangka perahu dan lain-lain):
Selampit pun ~lah sebuah penjajap.

timbang tara

(Undang-undang) cara penyelesaian pertelingkahan di luar mahkamah melalui pihak ketiga yang telah dipersetujui oleh pihak yang bertelingkah;

penimbangtaraan penyelesaian sesuatu pertelingkahan oleh pihak ketiga yang dipersetujui oleh pihak yang bertelingkah;

penimbang tara pihak ketiga yang menyelesaikan sesuatu pertelingkahan:
perselisihan antara kesatuan pekerja dan majikan diselesaikan dengan menggunakan ~.

timbang rasa

perasaan kasih (belas kasihan, setuju, berkenan, dan lain-lain), simpati:
bantuan yang menandakan ~ terhadap orang-orang yang menderita;

bertimbang rasa menaruh (menunjukkan) timbang rasa (belas kasihan dan lain-lain), bersimpati, berlaku adil.