timpuh

bertimpuh = duduk ~ duduk dengan melipatkan kedua-dua belah kaki dan dengan punggung di atasnya, bersimpuh:
Normah ~ di atas tikar, suaminya bersila di hadapannya;

timpuhan keadaan bertimpuh, simpuhan.

timpas II

[Minangkabau];

bertimpas-timpas bertimpa-timpa, berturut-turut (menghadapi ujian, penderitaan, dan lain-lain).

timpas I

1. = air ~ = surut ~ air yang paling surut (surut yang paling rendah);

2. kering (perigi, sungai, dan lain-lain);

3. [kiasan] habis sama sekali (wang, tenaga, dan lain-lain):
kerana terlalu asyik berjudi akhirnya ~ segala harta benda.

timpani

sejenis gendang satu muka yang berbentuk pasu, terutamanya digunakan dalam orkestra Barat.

timpal

setimpal
1. setimpal (seimbang, sepadan, bertimbang), setaraf:
setiap orang yang melakukan kekejaman akan mendapat balasan yang ~;
penghormatan yang diberikan kepadanya ~ dengan kedudukannya dalam masyarakat;

2. sesuai, layak:
padang itu tidak ~ untuk perlawanan bola sepak;

menimpali
1. membuat supaya menjadi setimpal, mengimbangi, menimbangi;

2. membalas (perbuatan baik atau jahat);

timpalan imbangan, banding.

timpa

bertimpa-timpa = timpa-bertimpa
1. bertindih-tindih atau bersusun-susun banyak-banyak;

2. berturut-turut datangnya (berlakunya):
penyakit pun ~lah datang;
mendapat keuntungan dan kemujuran timpa-bertimpa;

menimpa
1. menghempap, jatuh meni

timbus

menimbus menimbuni sesuatu dengan tanah dan lain-lain, mengisi (lubang dan lain-lain) dengan tanah dan lain-lain hingga tertutup, mengambus:
rumah yang buruk tempatnya berlindung itu boleh runtuh dan ~ dirinya anak-beranak;
semua lubang tempat air bertakung hendaklah ditimbus supaya nyamuk tidak membiak;

tertimbus ditimbus, tertimbun, terkambus:
mereka menjumpai tulang gajah yang besar ini ~ di bawah tanah;

timbusan bahan seperti tanah, pasir, batu dan sebagainya untuk menimbus sesuatu:
mayat itu telah dapat dikeluarkan dari ~ pasir yang tebal;

penimbusan perihal (proses, perbuatan atau kerja) menimbus:
kerja ~ lombong tinggal itu sedang diusahakan oleh sebuah syarikat pemaju perumahan.