menimbus menimbuni sesuatu dengan tanah dan lain-lain, mengisi (lubang dan lain-lain) dengan tanah dan lain-lain hingga tertutup, mengambus:
rumah yang buruk tempatnya berlindung itu boleh runtuh dan ~ dirinya anak-beranak;
semua lubang tempat air bertakung hendaklah ditimbus supaya nyamuk tidak membiak;
tertimbus ditimbus, tertimbun, terkambus:
mereka menjumpai tulang gajah yang besar ini ~ di bawah tanah;
timbusan bahan seperti tanah, pasir, batu dan sebagainya untuk menimbus sesuatu:
mayat itu telah dapat dikeluarkan dari ~ pasir yang tebal;
penimbusan perihal (proses, perbuatan atau kerja) menimbus:
kerja ~ lombong tinggal itu sedang diusahakan oleh sebuah syarikat pemaju perumahan.
berkongsi