titik tolak

perkara yang menjadi bahan atau yang digunakan untuk membuka perbincangan (huraian dan lain-lain) mengenai sesuatu, sesuatu yang menjadi dorongan atau permulaan bagi sesuatu (usaha, kegiatan, dan lain-lain);

bertitik tolak
1. bermula:
persoalan itu harus ~ dengan mengenal pasti punca masalahnya;

2. berpunca:
pihak polis mendapati bahawa kes pembunuhan tersebut ~ daripada motif yang sama.

titik III

bertitik dipukul, ditempa;
emas ~ emas yang ditempa;

menitik
1. memukuli (besi, emas, dan lain-lain) berkali-kali, menempa:
orang yang hendak dihukum bunuh terlebih dahulu dititik semua tulang sendinya sehingga hancur;
~ emas;

2. [bahasa percakapan] memukul (kerana mendenda), merotan:
kalau kau tidak ke sekolah esok aku titik sampai teruk.

titik II

1. tanda yang bulat halus (untuk menunjukkan tempat berhenti membaca, tempat tumpuan, dan lain-lain), noktah:
di hujung tiap-tiap ayat hendaklah dibubuh ~;

2. [kiasan] sesuatu (keadaan, perkara, hal, ketika, dan lain-lain) yang penting (khusus, menarik perhatian, dan lain-lain):
tidak ada ertinya kami berbahas lanjut-lanjutan, tidak akan bertemu ~ pengertian;
pada satu
~, pengiktirafan dan mutu tidak dapat dipisahkan;
~ api
[Indonesia] tumpuan pertemuan sinar yang dibalikkan atau dipecahkan oleh kanta;
~ bengik kecil, remeh, tidak penting: jangan terlalu cenderung dengan hal-hal yang ~ bengik;
~ bertindih tanda yang terdiri daripada dua titik bertindih (tanda 🙂 digunakan dalam penulisan sebelum memperkenalkan atau menyenaraikan sesuatu;
~ cuali = ~ neutral (Fizik) suatu tempat di antara dua kutub magnet di mana tidak terdapat medan atau kesan magnet;
~ didih [Indonesia] tingkat suhu apabila sesuatu cecair mendidih;
~ dua titik (noktah) bertindih (tanda:);
~ kata kata pemutus, keputusan;
~ koma tanda koma dengan titik di atasnya, koma bernoktah (tanda ;
);
~ mata
a) titik (tempat) pada sesuatu yang menjadi tumpuan pelihatan mata;
b) [kiasan] sesuatu yang menarik perhatian (minat) orang ramai;
~ menengah ark titik pusat;
~ pangkal = ~ tolak perkara yang menjadi bahan atau yang digunakan untuk membuka perbincangan (huraian dan lain-lain) mengenai sesuatu, sesuatu yang menjadi dorongan atau permulaan bagi sesuatu (usaha, kegiatan, dan lain-lain);
~ peralihan sesuatu yang menjadi atau menandakan permulaan sesuatu perubahan atau perkembangan baru;
~ permulaan sesuatu (hal, keadaan, kejadian, kejayaan, pengemukaan, dan lain-lain) yang menjadi punca atau asas untuk mencapai sesuatu yang lebih besar (yang selanjutnya);
~ perpuluhan tanda titik di antara dua rangka yang mengasingkan angka se(satuan) dengan pecahan perpuluhan;
~ persamaan unsur-unsur (bahagian-bahagian) yang menampakkan persamaan (antara beberapa pendapat dan lain-lain);
~ persilangan (Matematik) tumpuan pada persilangan dua garis (tempat bersilang dua garis);
~ pusat [Indonesia] titik di tengah-tengah bulatan dan lain-lain;
~ sentuh (Matematik) tumpuan (tempat) garis kena (bersentuh) pada sempadan (batas) bulatan;
~ tolak = ~ pangkal;
tidak tentu ~ komanya
[kiasan] tidak tentu hujung pangkalnya (berkenaan (dengan) percakapan seseorang);

menitik membubuh tanda titik.

titik I

1. titis, derai (air dan lain-lain):
daripada kelopak matanya mengalir ~-~ air mata meminta belas kasihan;
hujan masih turun setitik-setitik;

2. = bertitik keluar atau jatuh berderai-derai:
hujan ~ semula dan kilat sesekali memancar;
darahnya ~ ke bumi;
~ buta
(Perubatan) bahagian retina yang tidak peka terhadap cahaya;
~ lidah [sastera lama] perkataan;
~ peluh penat lelah (usaha yang bersungguh-sungguh);
~ daripada mulutnya [sastera lama] dikatakan (diucapkan, dijanjikan, dan lain-lain);
~ selera sangat inginkan (sesuatu makanan);
biar ~ jangan tumpah (peribahasa) biar menanggung kerugian kecil jangan menanggung kerugian besar;
takut ~ lalu tumpah (peribahasa) hendak mengelakkan kerugian kecil akhirnya mendapat kerugian besar;
~ ditampung, meresap dipalit (peribahasa) pemberian atau penghasilan meski sedikit pun akan diterima jua;

bertitik, menitik menitis, berderai:
hujan mulai menitik, mula-mula setitik-setitik kemudian mencurah-curah; dititik belah, dipalu datar (peribahasa) kerosakan yang tidak dapat diperbaiki lagi;

menitiki menitiskan (air dan lain-lain) pada;

menitikkan menjatuhkan (menyebabkan ke luar) bertitik-titik, menitiskan (air dan lain-lain):
doktor itu mencuci matanya dan ~ ubat ke dalam kelopak matanya;

titikan titisan (air dan lain-lain);

penitikan perihal menitikkan sesuatu, penitisan.

titik berat

1. [Indonesia] pusat berat sesuatu benda;

2. [kiasan] perkara yang sangat penting atau diutamakan;

menitikberatkan mementingkan, mengutamakan:
beliau menyeru rakyat supaya lebih ~ kepentingan negara daripada kepentingan sendiri;

penitikberatan perbuatan menitikberatkan sesuatu.

titi

= titian jambatan (daripada batang pokok, papan, dan lain-lain), lorong kecil (sempit) yang dilapiki papan (batu dan sebagainya) tempat berpijak sewaktu berjalan:
sepotong batang kelapa dijadikan ~ di atas parit itu;
~ udara
jambatan udara;

bertiti mempunyai (ada) titi:
longkang yang besar itu tidak ~;

bertitikan mempunyai sesuatu sebagai titi:
parit itu ~ batang pokok kelapa;

meniti
1. berjalan di titi, berjalan di lorong (di jalan sempit) yang berlapikkan kayu (batu dan sebagainya):
Saufi ~ batang kayu di atas sungai itu dengan hemat hingga sampai ke tebing;

2. [kiasan] menjalani, mengharungi (perlahan-lahan);

3. [kiasan] menjalar, merebak, meresap:
perlahan-lahan ~lah perasaan kesedaran dalam dirinya;
tiadalah hairan jika nama gadis itu ~ dari satu lidah ke satu lidah anak-anak muda;
~ buih

a) sudah hampir separas bibir perahu dengan permukaan air (berkenaan (dengan) perahu yang sarat);
b) [kiasan] membuat sesuatu yang sukar;

titian
1. titi;

2. [kiasan] sesuatu yang menjadi penghubung antara dua pihak dan lain-lain;
~ berakuk tipu muslihat (untuk memperdaya orang);
~ air polongan asap (peribahasa) orang pengantara yang menolong kita mencari keuntungan dan lain-lain;
~ biasa lapuk, janji biasa mungkir (peribahasa) janji tidak harus dipercayai kerana boleh dimungkiri;
membuat ~ berakuk (peribahasa) berusaha mengenakan tipu muslihat untuk mendatangkan bencana kepada seseorang.

titar

bertitar-titar [sastera lama] bergerak ke sana sini dengan pantas:
maka Tun Tuah pun segera berbangkit lalu berdiri ~ di hadapan Taming Sari.

titanium

(Kimia) sejenis unsur logam yang berwarna putih, mulur, tahan kakis, dan digunakan dalam pembuatan aloi ringan dan sebagai agen pengoksidaan dan elektrod.